Semalam, telah berlangsungnya pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Untuk tahun ini, menjadi rezeki buat Azharina Azhar apabila berjaya menjadi juara Gegar Vaganza musim ketiga yang sekaligus menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan G-mie.
Tapi nampak gayanya, memang ramai sudah menjangkakan kemenangan Azharina. Betul ke? Buat korang yang tak sempat tengok semalam, kami kongsikan sekilas perkara menarik sepanjang pertandingan itu berlangsung. Memang ‘wow’ semuanya.
Kemenangan sudah dijangka?
Rata rata netizen sudah menjangkakan kemenangan Azharina. Mungkin kerana kehebatan vokal yang ditunjukkan Azharina pada setiap minggu. Tapi tak dinafikan, persembahan yang dibawa Azharina malam semalam memang terbaik. Azharina yang membawakan lagu ‘Izinkan’ dan ‘Mama ingin pulang’ telah mendapat pujian ramai di Twitter.
Nyanyian Azharina buat ramai sebak
Memang tapau habis lah kan performance #AzharinaGV2016 Agak korang siapa juara malam ni? #GegarVaganza pic.twitter.com/RJIbtzsspl
— Astro Gempak (@Astro_Gempak) December 4, 2016
Lagu ‘Mama aku ingin pulang’ yang dibawakan oleh Azharina semalam memang betul syahdu. Sungguh menusuk jiwa raga. Sehingga membuatkan Jihan dan ibu Hetty turut menitiskan air mata. Terbaik Azharina!
Salam Terakhir buat Gmie menangis?
Memang all out betul kan performance #GmieGV2016 amacam ????#TeamGmie #GegarVaganza pic.twitter.com/OEZupgYiFL
— Astro Gempak (@Astro_Gempak) December 4, 2016
Memang sebak bila tengok abang Gmie menangis selepas buat persembahan. Mungkin kerana bait bait lirik yang ada dalam lagu ‘Salam Terakhir’ itu sendiri. Sedih pulak tengok abang Gmie tertunduk menangis.
Lagu nostalgia buat isteri
"Cuba kau ingat krmbali masa lalu.." fuhh mantap habis!#TeamAmeng #AmengGV2016 #GegarVaganza pic.twitter.com/2uO7p13Oll
— Astro Gempak (@Astro_Gempak) December 4, 2016
Siapa dulu dulu layan lagu ni? Nostalgia habis. Memang mengimbau kenangan silam betul. Masih mantap macam dulu brader Ameng ni. Bertambah ‘feeling’ apabila lagu yang dinyanyikan ni dituju khas buat isterinya yang susah senang bersamanya. Terbaik!
Persembahan Dato’ Siti yang memukau
Wow jom layan persembahan @CTNurhaliza11 ??#GegarVaganza pic.twitter.com/Ojd0HNZs0z
— Astro Gempak (@Astro_Gempak) December 4, 2016
Kemunculah Dato’ Siti Nurhaliza memang merupakan kejutan buat penonton. Dato’ Siti telah mendendangkan tiga buah lagu secara medley . Walaupun sudah 20 tahun dalam industri muzik tapi masih mampu mengegarkan pentas. Meremang teruk dengan Tok Ti menyanyi.
‘Battle of the year’
Yang paling dinanti! #AzharinaGV2016 vs #SitiSarahGV2016 #GegarVaganza pic.twitter.com/R6qpGKw6n6
— Astro Gempak (@Astro_Gempak) December 4, 2016
Apa apa pun kami di OhBulan! mengucapkan tahniah buat Azharina dan semua peserta GV3. Boleh dikatakan semua persembahan adalah yang terbaik!
Sumber : Astro Gempak