Dalam usaha menyemai budaya prihatin dan meningkatkan kesedaran terhadap kebajikan haiwan, SAYS dengan bangganya melancarkan kempen Furever Friends yang kini sedang berlangsung sehingga 30 September 2025.

Artikel Berkaitan: SAYS Lancar Nandini Mana?! – Siri Video Pengembaraan & Budaya Unik Masyarakat Dunia

Artikel Berkaitan: SAYS Lancar Kempen ‘Furever Friends’, Tingkatkan Kesedaran & Perjuangkan Kebajikan Haiwan

Furever Friends

Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi gambar haiwan kesayangan mereka sebagai tanda kasih sayang dan komitmen terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

Gambar-gambar terpilih akan berpeluang untuk dipaparkan di platform SAYS, media sosial, dan papan iklan digital terpilih di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Kempen ini anjuran oleh SAYS dengan kerjasama JUICE, Fly FM, dan Lumi News, serta disokong oleh organisasi kebajikan haiwan terkenal seperti A Dog’s Life, Paws Animal Welfare Society (PAWS), Society for the Prevention of Cruelty to Animals Selangor (SPCA) dan Trap-Neuter-Release-Manage Malaysia (TNRM Malaysia).

Dalam situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kes penderaan haiwan di seluruh negara, Furever Friends hadir sebagai seruan penting kepada masyarakat bahawa setiap haiwan berhak untuk disayangi, dilindungi, dan dihormati, tidak kira sama ada mereka tinggal di rumah, pusat perlindungan, ataupun di jalanan.

Tonjolkan si comel

Dalam fasa terbaru kempen ini, orang ramai digalakkan untuk menghantar gambar haiwan peliharaan mereka, tidak kira sama ada haiwan tersebut berbulu, bersisik, bersayap, atau haiwan eksotik lengkap dengan kapsyen ringkas yang menggambarkan makna kehadiran haiwan itu dalam kehidupan mereka.

Kempen ini bukan sekadar tentang gambar-gambar comel, malah ia adalah usaha menggunakan platform digital untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan empati terhadap haiwan.

Matlamatnya adalah agar lebih ramai orang mengingati kepentingan melayani haiwan dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat apabila melihat gambar-gambar ini dikongsi.

Furever Friends juga mengutamakan isu-isu penting seperti penderaan haiwan, populasi haiwan jalanan yang tidak terkawal, dan keperluan kepada undang-undang yang lebih tegas, selain mengangkat kisah-kisah individu dan komuniti yang berjuang demi kesejahteraan haiwan.

Untuk menyertai, layari http://says.com/fureverfriends, muat naik gambar haiwan kesayangan anda, dan sertakan kapsyen atau cerita pendek.

Ikuti @saysdotcom di Instagram dan TikTok untuk kemas kini, paparan haiwan comel, dan kisah inspirasi.