berita

‘Kemungkinan Besar Tidak Akan Ada Lagi UPSR’ – Timbalan Menteri Pendidikan 1

December 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang dalam peringkat akhir kajian sebelum mempertimbangkan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menerusi laporan Harian Metro, keputusan muktamad mengenai kajian tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Kemungkinan tidak akan ada UPSR

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, pihak kementerian akan membuat keputusan muktamad mengenai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi selepas perincian kajian selesai sepenuhnya.

Kemungkinan besar tidak akan ada lagi UPSR pada tahun hadapan dan selama-lamanya… kemungkinan besar kumpulan murid yang menduduki UPSR pada tahun lalu adalah yang terakhir. Kementerian sekarang pada peringkat akhir membuat kajian mengenainya dan insya-Allah akan membuat keputusan muktamad tidak lama lagi.

UPSR adalah ujian penilaian dan ia boleh dibuat dengan kaedah lain seperti pentaksiran sepanjang masa yang lebih asli dan berterusan sifatnya serta membuka peluang yang lebih luas kepada lebih ramai murid.

Ujar beliau lagi, KPM tidak membuat kajian sama ada perlu menggantikan ujian tersebut dengan ujian yang lain. Tambahnya, pencapaian akademik murid tahun enam akan dinilai melalui pentaksiran sepanjang masa, ujian esei dan temu duga bagi membolehkan mereka ditempatkan di lima jenis sekolah khusus.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×