berita

Kena Belasah Mat Moto Samseng, Lelaki Warga Emas Lapor Polis

May 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Video memaparkan tindakan berani penunggang motosikal membelasah seorang lelaki dipercayai warga emas tular di media sosial sejak semalam.

Video penuh:

Video pendek dikongsi, dapat dilihat seorang lelaki yang memakai topi keledar bertindak menumbuk mangsa sebelum dihalang oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, mangsa merupakan seorang pesara swasta, 61, berasal dari Padang Jawa tampil membuat laporan polis kira-kira jam dua petang.

Mangsa memandu bersama isteri dan cucu untuk ke Putrajaya jam lebih kurang 1200 tengahari. Semasa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek menaiki motosikal Yamaha Y15 yang berada di sebelah kiri kereta mangsa telah menjerit dan memarahi pengadu.

Susulan daripada itu, mangsa berhenti bagi memeriksa jika berlakunya sebarang perlanggaran namun, sebaik sahaja keluar dari kereta suspek bertindak menendang warga emas ini di bahagian dada kiri.

Suspek juga telah duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala mangsa bertubi-tubi, menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata dan kepala serta sakit bahagian rusuk.

Kena belasah balik

Tindakan penunggang motosikal ‘samseng’ mengundang padah selepas dia dipercayai dipukul oleh penduduk Kampung Padang Jawa selepas bertindak di luar kawalan.

Suspek bagaimanapun telah berjaya ditangkap dan direman serta kes akan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Twitter

 

SKIP THIS AD ×