berita

‘Kena Betul-Betul Faham Tentang Kalori’ – Pensyarah Kongsi Tips Berjaya Turun 35kg

January 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap wanita pastinya mengimpikan berat badan yang ideal serta tubuh badan yang sihat. Ini kerana, berat badan yang berlebihan mampu membuatkan mereka sukar untuk melakukan pergerakan apatah lagi, mahu melakukan senaman.

Menerusi temubual bersama team OHBULAN! bekas pensyarah sebuah universiti swasta di Selangor, Hazween Hassan, berkongsi bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 35 kilogram secara konsisten dalam tempoh tiga tahun. Lebih menarik, Hazween turut berkongsi tips dan senaman yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Jom baca!

Tak boleh kejar bola tenis

Sebenarnya, saya dah beberapa kali cuba untuk diet sejak beberapa tahun yang lalu termasuk sewaktu menjadi pensyarah. Cuma, diet tu macam yoyo. Bila saya serius, saya berjaya turunkan berat badan. Tapi bila makan dia naik balik. Pada tahun 2015, saya berjaya turunkan berat badan sebab masa tu saya aktif menyertai larian sejauh 10km dan 15km. Namun, itu hanyalah sementara kerana saya terpaksa melakukan surgery di bahagian lutut. Mengenai berat badan pada masa tersebut, saya masih boleh kawal. Ini kerana, saya melakukan fisioterapi.

Pada tahun 2016, berat saya kembali naik secara mendadak sehingga 116kg. Kebetulan, saya masih dalam proses recovery dan tidak aktif untuk berlari. Saya teringat sampai satu tahap, saya rasa sangat slow dan tidak boleh kejar bola tenis pada waktu itu. Itulah detik di mana saya perlu bangkit dan melakukan sesuatu.

Menurut Hazween, dia seorang yang aktif dalam bersukan. Sejak dari kecil dia suka bermain tenis, bola tampar dan softball. Namun, apabila usianya semakin meningkat, dia berdepan dengan kesukaran untuk mengawal diet. Oleh itu, dia memilih ‘intermittent fasting’ sebagai langkah awal untuk mengubah kehidupannya. Jelas Hazween, actual diet tidak bertukar semasa ‘intermittent fasting’ cuma, waktu berpuasa itu sahaja. Waktu tidak makan akan lagi panjang dari waktu makan setiap hari. Tambahnya, dia memulakan diet tersebut selama 6 jam, 8 jam dan 10 jam sehari. Selepas itu, dia mengubah kepada 12 hingga 18 jam setiap hari.

Hazween turut memaklumkan bahawa puasa yang diamalkan ini tidak sama seperti puasa di bulan Ramadan. Ini membawa maksud, dia tidak boleh mengambil makanan yang mempunyai kalori ketika puasa ‘intermittent fasting’, tetapi boleh minum air mahupun kopi yang tidak mengandungi gula mahupun kalori pada masa tersebut. Ujarnya lagi, kalau ada kalori yang diambil pada masa tersebut, puasa yang dilakukan dikira sebagai batal.

Tukar diet lain

Foto: antara makanan yang dimasak oleh Hazween sepanjang proses menurunkan berat badan

Selepas setahun, Hazween memberitahu dia menukar diet yang baru dan senang sahaja. Jelasnya, semuanya bergantung kepada ‘calorie deficit’. Antara diet baru yang dicuba olehnya ialah ‘keto diet’ dan ‘zero carb diet’.

Kita kena pastikan tenaga yang kita dapat dari makanan atau air perlu kurang dari tenaga yang kita guna untuk aktiviti seharian. Bila kita faham ni, senang kita pilih diet yang kita mahukan. Janji kurang kalori tambah pergerakan. Saya kurangkan portion makanan dan tak ambil makanan yang mempunyai kalori terlalu tinggi seperti lemak. Saya cuba keto dan zero carb diet. Boleh makan lemak dan protein. Hampir 80 peratus saya makan lemak pada waktu tersebut. Diet itu juga sangat membantu dan menggembirakan saya. Tapi untuk jangka masa yang panjang, saya rasa tidak sebab diet tersebut terlalu restrictive bagi saya. Saya tahu diet itu berkesan buat saya kerana saya mengamalkan ‘calorie deficit’.

Saya memang mengambil saiz hidangan makanan yang sedikit, secara tidak langsung kalori yang diambil pun berkurang. Then, bila makan lemak, rasa muak cepat. Kalori faktor sangat utama, walaupun ada juga sedikit faktor lain seperti genetik. Nak bagi diet tu kekal dan berjaya kita kena suka dulu.

Disoal mengenai makanan yang diproses, Hazween memberitahu dia tidak makan makanan yang diproses. Tambahnya, dia akan membuat sendiri daging burger, roti mahupun pizza seandainya teringin untuk menikmati makanan tersebut.

Buat dua jenis senaman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazween Hassan (@hazweenhassan)

Saya buat dua jenis senaman iaitu kardio dan strength. Antara senaman kardio yang sering saya lakukan ialah, berenang, berlari dan berbasikal. Manakala, saya mengangkat berat bagi senaman strength. Seperti semua orang tahu, senaman strength mampu menambahkan kekuatan otot dan muscle mass. Kardio pula memastikan jantung kita sihat. Senaman kardio lagi banyak bakar kalori dan wajib dilakukan bagi sesiapa yang hendak menurunkan berat badan.

Mengulas mengenai berapa lama masa yang dihabiskan untuk bersenam, Hazween memberitahu dia meluangkan masa selama 30 minit hingga sejam sehari. Tambahnya, aktiviti senaman tersebut dilakukan selang sehari. Hazween turut memberitahu dia semakin hampir untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Ujarnya, keazaman yang tinggi membuatkan dirinya berada di tahap ini sekarang.

Disoal mengenai persepsi keluarga mahupun kenalan yang melihat perubahan Hazween pada masa ini, dia memberitahu ahli keluarga merupakan individu yang sentiasa menyaksikan kesungguhan yang dilakukan olehnya sejak awal lagi. Mengenai kenalan yang jarang berjumpa, Hazween mengakui bahawa kesemua mereka agak terkejut dengan perubahan berat badannya. Selepas bercerita mengenai proses yang dilakukan untuk mendapatkan berat badan setakat ini, rata-rata daripada kenalannya mula mengerti dan faham betapa banyaknya usaha yang dilakukan oleh Hazween untuk mencapai matlamat tersebut.

Jangan percaya ubat atau pil kurus

Menerusi soalan terakhir ketika ditemubual berhubung isu ubat dan pil kurus, Hazween memberitahu dia pernah mencuba beberapa produk. Namun, bukan semuanya berkesan. Dia turut memaklumkan bahawa badan setiap individu berbeza dan sampai bila masyarakat di luar sana hendak bergantung kepada ubat mahupun pil tersebut. Bahkan, ada diantara ubat dan pil kurus yang dijual mendatangkan kesan kepada kesihatan.

Hazween turut memberi nasihat kepada mereka yang ingin kurus di luar sana agar jangan mudah putus asa dan jangan percaya testimoni berhubung produk yang boleh kurus dalam masa terdekat. Di samping itu, dia menekankan bahawa kalori memainkan peranan yang penting bagi mereka yang ingin kurus.

Sumber: Hazween Hassan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×