Semalam seorang selebriti media sosial Jade-anh luah rasa kecewa di Insta Story terhadap gangguan seksual yang diterima dari rakyat Malaysia. Menurutnya, dia agak terkejut menerima komen berbaur lucah ketika membuat live di Instagram miliknya.
Walau bagaimanapun, gadis yang berusia 19 tahun ini nafi serik untuk datang ke Malaysia. Malahan dia berterima kasih kerana pengikutnya meningkat dalam masa singkat kerana rakyat Malaysia.
Tidak benci Malaysia
Walaupun menerima banyak komen berbaur lucah, gadis ini menjelaskan dia tidak membenci Malaysia. Dia turut kesal dengan beberapa artikel dari Malaysia yang menyalah anggap tentang luahannya itu.
Menyesal dengan gangguan, bukan negara
Menurut gadis ini, ramai yang salah anggap tentang mesej yang disampaikan. Malahan dia turut akui lelaki itu bukan punca untuk dia untuk lemah semangat. Dia tidak kisah dengan apa yang orang ramai anggap kerana dia sudah lalui sejak lama dahulu.
Memang cantik
Buat pengetahuan semua, Jade-Anh ini merupakan model yang berasal dari German. Pada akhir tahun 2017, dia pernah menjadi model untuk baju jenama yang dibuat oleh One King Design. Tidak hairanlah kalau rakyat Malaysia ramai follow dia kan? Memang cantik sungguh.
Sumber : Jade-Anh