berita

Kena Reject Dengan Awek, Pelajar Sekolah Menengah Di Banting Ini Cuba Bunuh Diri

March 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Angkara masalah percintaan, pelajar sekolah menengah membuat keputusan berani berjalan di atas bumbung bangunan sekolah dalam cubaan membunuh diri. Tragedi itu dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Banting.

Menurut laporan Metro, remaja berusia 13 tahun itu mengakui kecewa dengan seorang pelajar perempuan sebayanya.

Dipujuk hampir 30 minit

https://www.facebook.com/malaysianindianpublicnews/videos/303012320381152/

Video yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Malaysian Indian Public News, berdurasi 20 saat itu menyaksikan tindakan berani pelajar Tingkatan Satu itu berjalan di atas bumbung bangunan sekolah tersebut sekitar jam 1.30 petang. Suasana menjadi gempar apabila ramai pelajar menyaksikan kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman pihaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk memujuk pelajar itu.

Selepas dipujuk hampir 30 minit, pelajar Tingkatan Satu itu berjaya diselamatkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

Mangsa hanya cedera ringan di lengannya ketika proses menyelamat dan dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut.

Luah perasaan tapi cinta ditolak

https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/2183186311720641/

Petikan video berdurasi 30 saat ini dipetik dari Facebook Kosmo Online menyaksikan detik ketika pihak bomba menyelamatkan pelajar tersebut setelah 30 minit usaha memujuk.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati pelajar itu mengakui kecewa dengan seorang pelajar perempuan yang sebaya dengannya.

Mangsa memaklumkan dia ada berjumpa dengan pelajar perempuan itu semalam dan meluahkan perasaan cintanya namun ditolak.

Ia berikutan pelajar perempuan itu meminati seorang pelajar lelaki lain. Ia kemudian mengakibatkan mangsa berputus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Satu nota yang menjelaskan tujuannya itu turut ditulis mangsa.

Berdasarkan keterangan guru sekolah, pelajar tersbeut disifatkan seorang pelajar baik dan pendiam dan tiada sebarang masalah disiplin. Bagaimanapun, pihak polis belum terima sebarang laporan dari ibu bapa pelajar lelaki tersebut.

Sumber: Metro, Kosmo

SKIP THIS AD ×