berita

Pelajar Perempuan Diperkosa Bergilir-Gilir 5 Orang Lelaki

August 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Rogol Bergilir-Gilir

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh lima orang lelaki pada 29 Julai lalu di sebuah rumah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Artikel Berkaitan: Dua Lelaki Didakwa Merogol & Memasukkan Objek Keras Ke Dalam Alat Sulit Budak 12 Tahun

Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih

Dua suspek masih bersekolah

Rogol Bergilir-Gilir

Memetik laporan Sinar Harian, insiden tersebut berlaku kira-kira pada jam 2 pagi melibatkan lima orang lelaki berkenaan sebagai suspek yang didakwa merogol seorang remaja berusia 15 tahun.

Menurut Ketua polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata pihaknya telah menerima laporan polis pada 1 Ogos lalu.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menahan kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 23 tahun.

Penangkapan dilakukan di Klang dan di Telok Panglima Garang.

Siasatan awal mendapati sebelum dirogol mangsa telah dibawa oleh salah seorang suspek ke rumah berkenaan.

Salah seorang suspek merupakan kenalan kepada sepupu mangsa di mana sepupunya telah meminta pertolongan suspek untuk menghantarnya pulang ke rumah di Klang.

Sebaliknya, suspek membawa mangsa menaiki motosikal ke tempat lain dan setelah kejadian berlaku, barulah suspek menghantar mangsa pulang.

Difahamkan dua daripada suspek tersebut masih bersekolah dan berusia 15 serta 17 tahun.

Kesemua suspek juga didapati tidak memiliki rekod jenayah lampau selain ujian air kencing adalah negatif dadah.

Ekoran itu, mereka kemudian direman selama lapan hari mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×