berita

‘Kena Tahu Logik & Toleransi’ – Sering Diaju Soalan Mengenai Hobi Suami, Ini Jawapan Hanis Zalikha

October 8th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Keluarga Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sering menjadi perhatian netizen. Lebih lebih lagi dengan kehadiran Yusuf, anak lelaki mereka yang femes. Siapa yang ikuti keluarga mereka di laman Instagram, pasti tahu Hairul merupakan seorang yang lasak yang sering menyertai aktiviti luar.

Mungkin ada di antara korang yang tertanya-tanya apa agaknya reaksi Hanis Zalikha apabila Hairul sering menghabiskan masa dengan hobi. Ini jawapan Hanis sendiri.

Sentiasa sokong hobi

I get this question a lot ? Suami & hobi.

Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.

Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang ? Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).

Kena pandai jaga anak dulu

Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak)

You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.

InsyaAllah.

Sumber : Hanis Zalikha

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×