Hasrat seorang lelaki untuk berkahwin dengan kekasihnya tidak kesampaian apabila wanita itu kantoi menipu. Lelaki yang dikenali sebagai Yusuf bekerja sebagai Buruh Migran Indonesia (BMI) di Korea Selatan ini sudah dua tahun berhubungan secara jarak jauh.
Wanita yang bekerja di Taiwan itu rupa-rupanya menggunakan gambar palsu di Facebook. Patutlah susah sangat nak bagi gambar, setiap kali video call wanita ini akan menggunakan cadar untuk menutup muka.
2 tahun berhubungan di Facebook
Memetik laporan Tribun News, ketika Yusuf ke Taiwan untuk menikahi kekasihnya itu, dia terkejut melihat wajah tidak sama seperti di laman sosial. Kata Yusuf lagi, dia turut memberi wang persediaan majlis perkahwinan sebanyak Rp10 juta (RM2,948) seperti mana di minta wanita tersebut.
Pernah ngasih foto, pernah kita mau deket nikah ini sebelumnya hanya telepon suara, itu juga mau (ngirim foto) karena aku paksa, ada unsur paksaan.
Sebenernya wanita itu usianya sudah sangat berumur, sama ibu saya aja mungkin lebih tuaan cece (panggilan untuk wanita tersebut)itu.
Berasa tertipu, Yusuf bertindak membatalkan perkahwinan dan segera pulang ke Korea Selatan.
Guna gambar palsu
Pemilik sebenar gambar, Intan Permata yang terkejut dengan berita viral ini tidak menyangka gambar sewaktu belajarnya digunakan seorang nenek untuk menipu lelaki muda.
Gadis ini juga sebenarnya sudah memadam gambar-gambar di Instagram untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang.
Kisah Yusuf ini mula viral di laman sosial selepas lelaki ini memuatnaik video menceritakan kembali kisah penipuan yang dilaluinya. Malah, dia sendiri memuatnaik gambar wanita itu supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Sumber : Harian Metro , Tribune News