Ketumbit (Stye) adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata. Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata korang. Pembentukannya di bawah kelopak mata mungkin kurang disedari pada mulanya. Korang yang mengalaminya akan berasa sakit, gatal, bengkak dan kelopak mata berkemungkinan menjadi merah.
Di Facebook, Dr Zubaidi berkongsi punca dan rawatan yang terbaik untuk menghilangkan ketumbit. Jom baca!
Punca ketumbit
Ia berpunca daripada bakteria staphylococcus yang menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata. Kuman-kuman itu boleh datang dari apa-apa yang menyentuh atau menggosok mata anda, seperti tangan atau solekan mata anda. Anda mungkin cenderung untuk mendapatkan lebih banyak ketumbit semasa musim alergi apabila mata menjadi gatal. Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda mempunyai blepharitis, sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.
.
Perlu diketahui bahawa ketumbit hordeolum dan chalazion ini boleh berubah kepada satu sama lain. Chalazion boleh berubah menjadi hordeolum ketika mana dijangkiti kuman. Manakala, hordeolum pula boleh menjadi chalazion apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazion pula.
Rawatan menghilangkan ketumbit
Biasanya, masalah ketumbit ini akan pulih sendiri. Kebanyakan ketumbit ini adalah kecil dan tidaklah terlalu menganggu pesakit. Ketumbit ini boleh dirawat di rumah dengan mudah. Rawatan untuk kedua-dua jenis ketumbit ini adalah lebih kurang sama. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan ketumbit ini:
1. Menuam ketumbit dengan menggunakan sapu tangan yang direndam dalam air panas untuk 10 minit dan ulang 2 hingga 3 kali sehari.
2. Membersihkan kelopak mata dengan menggunakan putik kapas yang direndam sabun bayi untuk mengesat bulu mata dengan lembut.
3. Mengurut secara lembut chalazion yang bengkak untuk mengeluarkan lemak yang tersumbat.
Sekiranya ketumbit ini menjadi semakin besar dan sakit atau mengambil masa yang panjang untuk pulih, pesakit perlu berjumpa doktor untuk:
1. Menggunakan titisan atau ubat makan antibiotik.
2. Mengeluarkan nanah atau kandungan kelenjar dengan kaedah surgikal minor.
Walaubagaimanapun, masalah ketumbit jarang sekali memerlukan rawatan doktor kerana biasanya akan beransur pulih dengan sendiri. Oleh itu, individu yang mengalami masalah ini tidak perlulah terlalu risau. Sekiranya sering mengalami ketumbit, anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan kelopak mata dan tidak berkongsi alat solek mata untuk mencegah pertumbuhan ketumbit.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad