berita

Kenali Disebalik Kekuatan Filem Seram Hollywood, Bangga Dengan Anak Tempatan.

March 2nd, 2018 | by Amat
Filem Antarabangsa

Siapa peminat filem seram The Conjuring, SAW dan Insidious? Tahukah anda disebalik kejayaan filem seram Hollywood itu merupakan hasil kerja anak Malaysia dari Sarawak iaitu James Wan.

James Wanmerupakan anak jati Sarawak dan dilahirkan pada 26 Februari 1977. Anak keturunan Cina Malaysia ini telah mendapat pendidikan filem di Melbourne sejak berpindah dan menetap di Australia. Dia mula aktif dalam industri perfileman sejak tahun 1999 lagi.

Rindu Malaysia

Walaupun dia telah berjaya menempa nama besar dalam industri hiburan Hollywood, namun, ternyata pengarah ini amat merindui suasana di Malaysia. Laksa Sarawak dan Char Koay Teaw merupakan antara makanan kegemarannya.

Filem James Wan

Banyak antara filem arahan James Wan telah mendapat pengiktirafan dibeberapa majlis anugerah filem. Setakat ini, dia telah memenangi 13 anugerah dan 11 pencalonan, malah, berjaya mendapat kutipan panggung mencecah hampir 320 juta dollar (The Conjuring).

Aquaman

Filem Aquaman arahan James Wan bakal ditayangkan di seluruh sinema pada tahun ini. Berikut merupakan filem yang diterbitkan oleh beliau untuk tahun ini.

The Nun

Insidious

Sudah pasti peminat filem bergenre seram menunggu filem keluaran anak Malaysia ini. Filem arahan beliau sebelum ini tidak mengecewakan malah, setiap aspek dalam naratif filem sangat mantap! Dibantu dengan aspek sinematografi dan penyunting yang baik dalam membantu produk setiap filem beliau berada di pasaran Hollywood. Tahniah, James Wan! Anda telah membanggakan segenap rakyat Malaysia.

Credit: Twitter SillyBoney

SKIP THIS AD ×