berita

Kenapa Admin Suka HUAWEI MatePad Pro? Ini Jawapannya!

June 10th, 2020 | by Noraniza
Kini Trending

Pada awal bulan April yang lalu, HUAWEI telah mengeluarkan HUAWEI MatePad Pro. Katanya ia merupakan ‘The Best Tablet in The Digital World of Android’. Betulke?

Apa keistimewaan HUAWEI MatePad Pro yang ni? Berapa pula harganya?

1. Memudahkan kerja!

Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana wabak COVID-19 yang melanda, menggunakan HUAWEI MatePad Pro merupakan satu kemudahan besar! Ia sesuai dengan setiap cara dan kehendak pekerjaan.

Sebagai contoh, HUAWEI MatePad Pro mempunyai PC Mode yang mana ia boleh ditukar menjadi PC dengan hanya menyambungkan fungsi Smart Magnetic Keyboard. Disertakan dengan HUAWEI M-Pencil, kerja-kerja editing menjadi lebih mudah dengan bantuan paparan berkelebaran 10.9 inci!

Ha, yang lagi menarik apabila korang boleh menggunakan fungsi Multi-Window dan juga App-Multiplier yang memudahkan untuk kerja-kerja multitask. Oh, lagi satu admin suka saiznya yang comel tu. Sebab, senang nak dibawa kemana-mana. Sangat praktikal!

2. ‘Flagship device’ dilengkapi pelbagai teknologi terkini

HUAWEI MatePad Pro adalah tablet pertama di dunia yang dilengkapi dengan HUAWEI ‘FullView display’, iaitu 10.8 inci dengan 16:10 display menerusi ultra slim body. Malah, ia juga hadir dengan 90% ultra narrow dan 4.9 mm bezel dengan paparan simetri daripada tepi ke tepi paparan.

Oh ya, ia juga mempunyai teknolgi reverse wireless charging! Serius best!

3. Tonton drama dan kandungan video menerusi HUAWEI Video

HUAWEI Video adalah aplikasi mobil baru yang menawarkan pelbagai kandungan hiburan antarabangsa seperti TVB, Mango TV, Kini TV, Daily Motion, Stingray, dimsum, BBC News dan banyak lagi. Pengguna boleh menonton lebih 1,000 video daripada aplikasi secara serentak dengan 2 peranti aktif dan juga boleh menyewa filem sehingga tempoh 48 jam.

HUAWEI Malaysia memberi tawaran hebat dengan 3 bulan akses premium percuma kepada semua pengguna MatePad Pro. Bukan itu sahaja, kesemua pengguna HUAWEI sedia ada juga boleh menikmati 1 bulan akses premium percuma semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Platform video atas talian yang lain seperti Netflix dan Viu juga kini sudah boleh dimuat turun daripada HUAWEI AppGallery.

4. Boleh guna HUAWEI MEETime dan HUAWEI Share

Teknologi eksklusif Huawei, HUAWEI MEETime membolehkan pengguna untuk berkongsi skrin semasa sedang membuat panggilan! Malah, pengguna boleh membuat nota dan edit dalam pada masa yang sama. Mudah bukan? Jadi, korang tidak akan ketinggalan  nota-nota penting dalam projek.

Manakala, untuk HUAWEI Share pula mempunyai fungsi Multi-screen Collaboration iaitu untuk membolehkan telefon pintar dan sistem tablet beroperasi bersama bagi data transfer, collaboration dan juga multi screen control. Pengguna boleh mengawal dua antara muka dalam tablet secara mudah menerusi interaksi cross-platfom.

Harga jimat, teknologi hebat

Banyak lagi perkara hebat mengenai HUAWEI MatePad Pro ni sebenarnya. Kalau tak percaya, cepat order satu. Bila dah di tangan, baru boleh eksperimen macam-macam kan?

Didatangkan dengan warna Midnight Grey dan Pearl White, korang boleh mendapatkan pakej lengkap HUAWEI MatePad Pro dengan harga RM 2,898 (RRP: RM 3,197). Pakej ini didatangkan dengan HUAWEI M-Pencil dan Smart Magnetic Keyboard. Memang canggih! Bertepatan lah dengan tema “A tablet I cannot live without”.

HUAWEI kini menawarkan Express VIP Delivery untuk menghantar unit pembelian terus ke pintu rumah! Tak percaya? Korang boleh tengok dekat HUAWEI Express VIP Delivery ni.

Kalau korang nak maklumat lanjut mengenai HUAWEI MatePad Pro, layari laman sesawang HUAWEI!

Psst: Dengar cerita MatePad Pro 5G pun dah nak keluar tak lama lagi. 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×