Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah akhirnya tampil bersuara mengenai tindakan Ruhainies yang ingin berdamai selepas mencetuskan kontroversi.
Artikel berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah
Artikel berkaitan: Ruhainies Letak Kapsyen ‘NRF, LUSM’ Di Bio IG, Sarah Yasmine ‘Panas’ – ‘Tak Malunya Ini Perempuan’
‘Kenapa baru sekarang?’
Menerusi hantaran di Instagram, Didi mempersoalkan tempoh masa yang diambil pelakon tersebut untuk memohon maaf.
Kak Long saya (Bella) tu tengah sibuk kerja dekat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana.
Didi berkata dia terpanggil untuk memberi kenyataan selepas menonton temu bual Ruhainies di Melodi, pada Ahad.
Selama ni Didi diam je tau tapi adik-beradik sebelah sana (Ruhainies) duk back up dia siap buat kenyataan palsu tangkapan khalwat.
Tapi bila nampak si manipulator ni buat interview niatnya nak minta maaf lah, berdamai lah terus ringan jari ni nak menaip.
Fitnah Ruhainies terhadap Bella
Dalam pada itu, Didi turut menyenaraikan fitnah yang dilemparkan Ruhainies kepada Bella.
Cakap Bella yang perangkap khalwat. Memburukkan Kak Long di set (Bella ada bukti ya). Cakap team Bella pergi email jenama-jenama untuk jangan ambil Ruhainies.
Cakap Bella ni babi. Rancang cara nak menjatuhkan Bella sedangkan kes khalwat tu salah sendiri. Paksa Aliff untuk malukan Bella lagi sampai sanggup buat akaun palsu atau pakai cybertroopers untuk kecam Bella (jahat nauzubillah macam sinetron).
Mereka ni lupa tau hujung-hujung kebenaran akan berpihak pada orang baik.
Menurut Didi, Ruhainies didakwa mahu berdamai selepas mesej perbualan dengan Aliff tular selepas wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkannya.
Tiba-tiba je sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya selepas viral perbualan dia ber LU, L U S M tu.
Sumber: Instagram