berita

‘Kenapa Bayaran Persembahan Saya Mahal? Semua Buat Sendiri & Tak Miming’ – Ayda Jebat

November 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata tidak menjadi penghalang untuk penyanyi Ayda Jebat beraksi di atas pentas seperti waktu bujang.

Artikel Berkaitan: ‘Mak Mentua Tak Bagi Masak, Kemas Rumah Pembantu Buat’ – Ayda Jebat

Semua buat sendiri

Terbaru, Ayda mendedahkan faktor utama yang menyebabkan bayaran dirinya menjadi mahal bagi menjayakan satu persembahan.

Menerusi Instagram Stories, pelakon berumur 30 tahun ini menyatakan dia menanggung kos yang tinggi kerana menggunakan tenaga kerja yang ramai.

Yang tanya kenapa sanggup bayar AJ (Ayda Jebat) mahal? Penari, sound engineer, double soundcheck singer, LED Graphic, videographer, jurugambar, makeup, hairstylist, outfit, busana penari semua saya dan team buat dan bayar.

Bukan bayaran ciput insya-Allah. Harap anda semua enjoy.

Tak miming

Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini turut menekankan dia tidak sekadar ‘miming’ sebaliknya menyanyi secara langsung.

Pada Sabtu lalu, pemilik nama Nur Suhada Jebat tampil membuat persembahan di Absolut Music Festival 2022 yang diadakan di Lapangan Terbang Sungai Besi.

Absolut Music Festival 2022 merupakan anjuran daripada pasangan selebriti, Ben Ali dan Nadiyah Shahab.

Sumber: Instagram @aydajebat

SKIP THIS AD ×