berita

Kenapa Dia Jadi Kejam Macam Tu? Netizen Teruja Pengarah Nur Mahu Bikin Drama Ustaz Hamadi

September 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Fenomena Drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin ternyata mendapat sambutan daripada penonton setiap kali ditayangkan. Mana taknya, konflik yang dihadapi keluarga Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle daripada musim pertama hingga musim kedua itu membuatkan penonton ternanti-nanti episod seterusnya.

Terbaru, menerusi Instagram Shahrulezad Mohameddin, pengarah tersebut meluahkan perasaan untuk menerbitkan satu lagi drama baru buat Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani. Idea yang tercetus itu dikongsikan kepada netizen untuk memperoleh pandangan jika drama tersebut berjaya dihasilkan. Mesti best kan!

Mungkin sejarah mereka berdua

https://www.instagram.com/p/B2tebm6nYMY/

Menurut Shahrul, dia meminta pandangan para netizen jika mereka bersetuju drama Nur kali ini difokuskan kepada watak ustaz Hamadi dan Aishah sahaja. Tambahnya, mungkin sejarah perkenalan ustaz Hamadi dan Aishah mampu membangkitkan lagi drama Nur yang seterusnya.

Disebabkan perkongsian tersebut, ramai netizen menjadi teruja dan menyokong idea tersebut. Rata-rata netizen mengharapkan drama mengenai Ustaz Hamadi ini berjalan dengan lancar. Tambah netizen, mereka ingin mengetahui latar belakang hidup ustaz Hamadi dan perjalanan hidup yang mendorongnya ke arah watak antagonis dalam drama Nur.

Reaksi netizen

Janji aku pun join

Selain daripada netizen, rakan artis turut bersetuju dengan idea pengarah tersebut. Ada sesetengah rakan artis siap menawarkan diri untuk berlakon dalam drama Nur seterusnya. Menurut mereka, drama Nur merupakan sebuah karya yang hebat dan mempunyai nilai moral buat masyarakat.

Antara babak menarik drama Nur

Sumber: Shahrulezad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×