berita

Kenapa Gaji Minimum Rendah? Ini Penjelasan Tun Dr. Mahathir

September 7th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Minggu lalu, Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan penetapan gaji minimum dari RM1,800 dan RM1,500 sebulan ke RM1,050 sebulan. Berita itu telah mendapat reaksi dari netizen dimana rata-rata tidak setuju dengan jumlah gaji itu. Sementara itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak turut memuat naik status di Twitter mengenai isu ini. Susulan dengan perkara itu, ini penjelasan Tun Dr. Mahathir.

Tidak boleh tetatpkan gaji minimum terlalu tinggi

Menurut Tun Dr. Mahathir, gaji minimum berjumlah RM1,050 sebulan untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak dibuat berdasarkan kedudukan wang negara. Tambahnya lagi, kerajaan sedar hakikat bahawa pelbagai pihak menyuarakan pendapat supaya kadar ditetapkan pada RM1,800 dan RM1,500 sebulan.

Walaupun begitu, percaturan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan kini berdepan situasi sukar berhubung keutuhan kewangan negara.

(Peruntukan) yang sepatutnya ada digunakan untuk bayar hutang dan bunga berjumlah besar, sebab itu kita tidak tingkatkan perbelanjaan kerajaan (untuk penetapan gaji minimum dan menyalurkan subsidi).

Apabila ingin bersaing dengan negara lain, kita tidak boleh (tetapkan gaji minimum) terlalu tinggi kerana negara boleh hilang kelebihan daya saing.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan dilaporkan berkata harga barang di pasaran dijangka akan meningkat susulan peningkatan jumlah gaji minimum (RM1,050) di seluruh negara.

Tambahnya lagi, kenaikan kadar tanpa penyaluran subsidi daripada kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan operasi (OE) syarikat. Oleh itu, pertambahan tersebut terpaksa disalurkan kepada pengguna.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×