Bekas isteri pelawak Sule iaitu Nathalie Holscher menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas tindakannya memuat naik foto dirinya tidak mengenakan hijab.
Bekas isteri Sule buka tudung
Meskipun tidak menulis sebarang kapsyen, tetapi penampilan terbaharu Nathalie tidak disenangi malah dihakimi netizen. Mereka turut mengaitkan tujuan Nathalie yang sebelum ini bertudung dan memeluk Islam serta membuang semua tatu yang pernah dicacah pada badannya.
Sahabat Nathalie iaitu Umi Pipik turut terkait dengan isu tersebut. Menurut Umi, dia ada menasihati Nathalie supaya kuatkan iman dan terus istiqomah namun nasihatnya itu tidak diendahkan.
Menerusi laporan Metro Suara, Nathalie mengaku pernah terlintas mahu membuka hijab sebelum sah bergelar isteri Sule namun dia tetap bertahan sehinggalah baru-baru ini, dia nekad membuka hijab sepenuhnya.
Aduh, kenapa aku macam ni? Sia-sia! Kenapa hidup aku begini, aku tak kuat. Aku buka jelah tudung.
Seperti aku marah dengan diri aku sendiri. Kenapa aku seperti ini tapi Tuhan begini? Sejak itu aku nak buka hijab.
Sebelum ini, Nathalie meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan Sule sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab apabila mementingkan pekerjaan daripada kesihatan anaknya, Adzam Adriansyah Sutisna.
Menurut sumber, Nathalie yang merupakan bekas deejay telah memeluk Islam pada tahun 2020 sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Sule. Pasangan ini kemudian bercerai pada Ogos 2022.
Sumber: Tribunnews, Metro Suara