berita

‘Kenapa Ibu Lahirkan Saya Pendek, Gemuk, Hodoh?’ – Nota Bunuh Diri Budak 10 Tahun

March 22nd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Definisi buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang ke atas mangsa. Perbuatan tidak bermoral ini bukanlah sesuatu yang baru, malah terdapat banyak kes yang berlaku sehingga melibatkan nyawa.

Menerusi laporan Astro Awani, seorang budak 10 tahun di Singapura hampir bunuh diri gara-gara tidak tahan menjadi bahan ejekan di sekolah. Lebih menyedihkan apabila budak ini mempunyai tekanan yang teruk pada usia muda.

Kenapa lahirkan saya dengan rupa begini?

(sekadar gambar hiasan)

Saya rasa sangat teruk. Saya rasa macam hendak terjun bangunan dan mati, tapi saya tahu dia (ibu) akan menangis dengan teruk. Jadi, saya akan rahsiakan perkara ini.

Saya terfikir kenapa ibu melahirkan saya dengan rupa sebegini. Pendek, gemuk, dan hodoh. Dia tak suka lihat saya menangis setiap masa.

The Straits Times melaporkan nota ‘bunuh diri’ itu telah dijumpai ibunya ketika sedang mengemas bilik anaknya pada tahun lepas. Setelah menemui nota yang mengejutkan itu, dia segera meminta bantuan FutuReady Asia’s Character dan Leadership Academy demi membantu mengatasi masalah kemurungan anaknya itu.

Ibu bapanya dipercayai kurang meluangkan masa bersamanya kerana sibuk bekerja dan dia turut dibuli rakan sekelasnya di sekolah.

Saya tak mahu hidup lagi

(sekadar gambar hiasan)

Alangkah bagusnya rasa itu ketika saya dapat sebilah pisau dan berjaya tikam diri saya. Tiada lagi buli. Tiada lagi kerja sekolah. Saya akan bunuh diri pada suatu hari nanti.

Saya tidak akan lagi tersenyum. Hanya menangis! Saya akan memuji diri sendiri kerana ‘bodoh’. Saya tak mahu hidup lagi! Maaf buat ibu menangis!

Kanak-kanak itu berfantasi sambil meluahkan perasaan dalam nota tersebut tentang nikmat sekiranya dia dapat mengambil pisau dan berjaya menikam dirinya. Bagaimanapun, emosi kanak-kanak itu dikatakan makin stabil setelah ibunya meminta bantuan khidmat kaunselor bagi membantunya.

Namun tiada siapa sangka, dia selama ini memendam perasaannya ekoran sikap ceria yang ditampilkannya di sekolah serta keputusan cemerlang diperolehinya dalam peperiksaan.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×