Semalam viral di media sosial muzik video parodi ‘Taki-Taki’ nyanyian Ucop, Syasya Woke dan Johanis yang ditukar kepada ‘Nasi-Nasi’. Lirik lagu itu mengisahkan perebutan antara Malaysia dan Singapura yang masing-masing mengaku Nasi Lemak dari negara mereka.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah Nasi Lemak yang dilekat di dada penari di dalam video tersebut. Ramai beranggapan perbuatan itu tidak bermoral.
Video Parodi
https://www.youtube.com/watch?v=4OPxoBYO6vs
Lagu ‘Taki-Taki’ merupakan gabungan penyanyi antarabangsa yang terkenal DJ Snake, Selena Gomez, Ozuna, dan Cardi B. Video berdurasi 4 minit ini yang dimuat naik Ahad lalu berjaya menarik perhatian netizen.
Video original
Menurut produksi mereka, video ini dihasilkan kerana isu ketegangan Malaysia dan Singapura perihal Nasi Lemak yang terjadi baru-baru ini. Mereka beranggapan video ini dapat meredakan kedua-dua negara ini dengan mewujudkan persamaan yang lebih tinggi daripada perbezaan yang ada.
Jangan tengok kalau tak boleh terima
CHECK OUT OUR TAKI TAKI PARODY CALLED NASI NASI. LINK IN BIO ?? (siapa yang tak boleh accept our creativity and humour with an open mind, please jangan tgk, sekian)
Takde harga diri?
Sumber : Johanis