berita

‘Kenapa Pakai Rantai Dekat Leher?’ – Abby Abadi Throwback Perkenalan Dengan Suami, Sweet!

September 21st, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Walaupun pernah kecundang mempertahankan rumahtangganya, Abby Abadi tidak pernah berputus asa mencari kehidupan baru. Tanggal 14 Ogos 2015 menyaksikan Abby Abadi selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria.

Mungkin ramai belum tahu bagaimana permulaan kisah cinta mereka. Siapa sangka hanya dengan satu teguran, mereka akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri. Manisnya!

Tegur rantai di leher

Muncul di FB

Kenduri di Kg Suami di Pasir Mas, Kelantan 20September 2015. 2tahun lepas…. La baru 2tahun je ada suami ni. Ingat dah lama sbb macam sayang sangat je @jaiezzany

Kami berjodoh secara tak sengaja. Sebab dua2 aktif dlm politik sebelum ni. Jadi pernahlah berkesempatan duduk ngeteh sesama. Nak jadi cerita, ada sekali tu, sy tegur En Jai (panggilan utk suami waktu tu) Sy tegur kenapa pakai rantai dekat leher? En jai kata dia gantung kad wartawan. Sy kata haram lelaki pakai rantai walau apapun alasan. Terus En Jai buka. Mudah betul dia terima teguran kita. Pastu bermulalah episod berkenal mesra. En Jai kata bertahun dia pakai rantai tu, tiada siapapun tegur walaupun di kelilingi alim ulama.

Ajar pakai jubah

Kerana teguran tu, kami mula mengenali hati budi masing2. Satu cerita lagi yg paling Sy ingat awal2 kenal dulu, Sy ajar En Jai pakai Jubah. (Niat nk dia pakai jubah tiap2 hari. Yelah kena banggalah pakaian sunnah tu kan?) Sy bawak gi kedai Jubah, En jai ikut je hehe. Waktu try jubah En Jai kata “ishhh bukan sy nk pakai gini ni” Kita kata takpe.. Pakai hari jumaat, pakai solat… Nanti lelama oklah. Dipendekkan cerita, lepas pada tu, En Jai makin pandai dah berjubah, ikut gi dgr tazkirah, gi berjemaah masjid tiap waktu hokey (panas agaknya dengar tazkirah Abby Abadi ?) Pastu konon nk jual Umaima juga, walhal nk ngorat HAHA… Pandang2, jeling2… Dia ayat sikit lebih kurang, Jadi! hehe.. Senang betul dia ngorat Abby Abadi ?

Dalam masa beberapa bulan, rancang utk kahwin. Alhamdullillah ALLAH permudahkan. Takde syarat apapun kan suami kan? Asal sudi terima Sy seadanya & terima anak3 Sy. Tu jer..& Syukur dlm masa 2tahun ni suami layan Sy & anak3 lebih dari apa yg kami harapkan. Semoga kekal hingga akhir nyawa Ya ALLAH… aminnnnn

PS: Jangan buat hal lah suami ye. Dah tua dah memasing hehe.. Kos hidup pun mahai… Cukuplah dgn apa yg ada ni k. Pun dah byk belanja hahahaa.. ?

Sumber : abby_abadi112

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×