berita

Kenapa Perlu Terima Tunai Dan Pamer Pelbagai QR Di Kaunter Pembayaran, Jika Ada Yang Lebih Mudah?

January 29th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kewangan & Pelaburan

Dengan adanya DuitNow QR urusan perbankan dalam talian menjadi semakin mudah. Selaku kod QR kebangsaan, urusan pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja dengan DuitNow QR. Kita sudah tidak perlu lagi membawa wang tunai dalam jumlah yang besar, sebaliknya pembayaran kini boleh dilakukan dengan hanya “scan QR code” menggunakan smartphone milik korang.

Caranya mudah, korang ada smartphone, ada online banking, ada internet dan tadaa.. Korang dah boleh buat bayaran di kebanyakan kedai makan, retail shop dan pusat beli-belah. Simple je kan?

Scan DuitNow QR menggunakan
mana-mana aplikasi bank
ataupun eWallet & buat bayaran
dengan mudah

Kita sedia maklum bahawa pembayaran melalui kod QR telah lama ada. Namun kini, DuitNow QR selangkah lebih kehadapan apabila mereka menyediakan kaedah pembayaran melalui kod QR tanpa mengira aplikasi eWallet dan perbankan mudah alih yang korang miliki.

Sebagai contoh, sebuah salon rambut memaparkan kod QR daripada aplikasi bank tertentu untuk urusan pembayaran, bayaran hanya boleh buat melalui aplikasi tersebut sahaja tetapi dengan DuitNow QR, bayaran boleh terima daripada semua aplikasi perbankan mudah alih dan juga eWallet yang digunakan oleh pelanggan.

Kredit SoyaCincau

Bukan itu sahaja, urusan perniagaan dalam talian juga jadi lebih mudah, terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Misalnya, korang menjual baju dan makanan secara dalam talian dari rumah, tak perlu dah nak send butiran akaun perniagaan korang kepada pelanggan untuk urusan pembayaran.

Sebaliknya, korang boleh share je gambar DuitNow QR atau paparkan sahaja DuitNow QR di laman web atau media sosial perniagaan korang. Nanti pelanggan hanya perlu scan untuk buat bayaran. Cukup mudah bukan?

Hal ini bukan sahaja akan memudahkan urusan pembayaran pelanggan tetapi kita sebagai penjual juga tidak perlu lagi bimbang tentang transaksi pembayaran yang berlaku. Disamping itu, urusan kita sebagai peniaga juga jadi lebih mudah kerana segala laporan keluar masuk duit hanya dilakukan melalui satu akaun sahaja. Jadi dah tak perlu pening kepala nak hadap 2, 3 report kewangan.

Mudahkan urusan pembayaran pelanggan, dengan hanya 1 kod QR

Ye.. betul! Hanya dengan buat permohonan melalui bank-bank, acquirer dan penyedia eWallet yang telah menyertai DuitNow QR ni. Nanti, korang cuma perlu display 1 kod QR saja di kedai milik korang dan ianya boleh membenarkan semua pengguna aplikasi mobile banking dan eWallet membuat pembayaran. Kan mudah?

Tak perlu dah nak pamerkan 3, 4 jenis kod QR, cukup dengan 1 saja. Pelanggan tak pening dan korang pun dalam masa yang sama jimat display space. Nak closing akaun kedai secara harian, bulanan dan tahunan pun senang sebab hanya satu akaun yang digunakan. Tak gitu?

Kebanyakan bank dalam negara & eWallet sudah menawarkan servis DuitNow QR

Bukan itu saja, dalam tempoh 5 bulan lagi ada beberapa acquirer, bank-bank dan penyedia eWallet dalam negara seperti Boost, Big Pay, Grab, Touch ‘n Go dan banyak lagi akan turut serta menyediakan perkhidmatan DuitNow QR dalam usaha memudahkan proses pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan.

Berikut adalah cara-cara untuk mohon DuitNow QR, bagi pemilik perniagaan di luar sana;

1. Hubungi bank yang jadi pilihan korang sebagai perumah utama bayaran dan buat pendaftaran

2. Dapatkan kod DuitNow QR

3. Paparkan di kedai korang

Ha.. Nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan DuitNow QR? Korang boleh layari saja https://www.duitnow.my/DuitNow-QR/index.html.

#Bayartanpasentuh #DuitNow #DutNowQR #kodQR #MalaysiaNationalQR #MalaysiaQR #QRpayment

SKIP THIS AD ×