berita

‘Kenapa Saya Bukan Keutamaan Dia?’- Wanita Kongsi Kisah Suami Lebih Memilih Kawan Dari Keluarga

May 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan ikatan perkahwinan yang telah dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Namun begitu, rezeki, ajal, jodoh dan maut semuanya di tangan Tuhan.

Menerusi Instagram, Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang isteri yang kurang mendapat perhatian suaminya. Lebih menyedihkan, suami tersebut mengutamakan kawan-kawan daripada keluarga sendiri.

Sibuk dengan kawan

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum En Fedtri. Saya berumur 39 tahun. Ibu kepada 2 org anak yangg meningkat remaja. Perempuan sulung berumur 19 tahun dan kedua lelaki berumur 15 tahun. Saya berkahwin dalam usia yang muda dan jodoh kami tak panjang. Namun, apa yang akan saya ceritakan bukanlah kehidupan rumah tangga saya yang lampau. Tapi kehidupan rumah tangga saya yang telah saya bina selama tujuh tahun selepas penceraian yang lalu.

Saya menerima suami saat suami tidak punya apa-apa. Saya dan dia hidup sederhana. Tapi rezeki Allah tu maha luas. Selepas 4 bulan berkahwin suami dapat tawaran kerja offshore dengan gaji 10k ++ termasuk alaun. Kehidupan kami bertambah baik namun setiap rezeki yang datang itu akan disulami oleh dugaan. Dahulu masa tidak punya banyak duit dan kawan pun tak mahu mendekat. Saya lah kawan, sahabat dan teman berbual suami. Kemana-mana kami berdua. Susah senang bersama. Saya bahagia walau tak punya banyak harta. Sekarang semuanya berubah. Suami yang dahulu menjadi teman berbual saya kini telah sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama kawan dunia permotoran dia. Ride sana sini tanpa mempedulikan saya yang menunggu dia penuh kesepian.

Menurut wanita berusia 39 tahun itu, dia memberitahu bahawa sejak kehidupannya sudah berubah menjadi lebih baik, suaminya sudah tidak mempedulikan dirinya. Lebih menyedihkan, suaminya lebih mementingkan kawan-kawan dunia permotoran. Tambahnya, suaminya yang akan bekerja selama 2 minggu di offshore dan 2 minggu cuti di darat. Selama cuti 2 minggu itu, suaminya akan ride bersama kawan-kawan dia termasuk pada waktu hujung minggu.

Semasa tempoh PKP dan PKPB, wanita tersebut memberitahu bahawa suaminya di tahan di offshore selama 2 bulan dan tidak boleh balik. Sebagai isteri, dia bersabar dan setia menunggu walaupun perasaan rindu menyelebungi diri. Namun, suaminya masih sama dan tidak berubah sewaktu pulang ke rumah.

Lebih baik hidup menjanda

Saya tak rasa saya penting untuk dia. Dalam usia yang begini, saya hanya mahu ditemani suami. Anak-anak dah besar dah ada haluan sendiri. Selama 2 bulan saya bertungkus lumus sendirian mengurus diri. Saya ketua keluarga yang menguruskan semua benda semasa kita berjuang mematuhi pkp dan pkpb. Tapi, kenapa saat suami saya ada, bukan saya yang menjadi keutamaan dia? Saya sangat kecewa. Dia tahu saya marah dan dia boleh kata tak payah nak marah sangat.

Kadang kala saya rasa ada baik saya hidup menjanda seperti sebelum ini. Walaupun saya terpaksa bersusah payah berkerja seorang diri dan menyara 2 orang anak. Tapi waktu itu saya bahagia kerana tak perlu merasa kecewa dah makan hati seperti sekarang. Allah memberi nikmat kepada suami saya. Nikmat kemewahan yang dia idamkan sebelum ini. Impian untuk memiliki motor berkuasa tinggi telah tercapai. Namum malang, suamiku terheret jauh oleh kesombongan dan keangkuhan. Merasa diri hebat tanpa peduli ada hati yang kesepian dan terluka. Dalam umur yang begini, saya perlukan suami. Suami yang mendengar rintihan hati dan perihatin pada diri ini. Namun, pengharapan itu hanya berakhir dgn kekecewaan.

Di samping itu, wanita tersebut turut berkongsi di mana sewaktu mereka keluar berdua, suaminya sanggup mengajak kawan-kawannya ikut sekali. Perasaan janggal turut dirasai olehnya pada ketika itu. Pada masa yang sama, wanita itu turut berfikir bahawa lebih baik dirinya hidup seorang diri dan mencari kebahagiaan yang baru.

Sumber: Fedtri Yahya

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×