Sebelum ini, viral di media sosial mengenai kisah seorang pelakon, mendakwa dirinya terkena buatan orang sehingga tiada tawaran berlakon yang diterima. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut dipercayai menipu rakan media berhubung perkara berkenaan.
Artikel berkaitan: Pernah Mengaku Terkena Buatan Orang Sehingga Turun Berat Badan, Pelakon Lelaki Didakwa Hisap Dadah & Pukul Isteri?
Susulan kontroversi itu, nama pelakon, Raja Afiq telah ‘dipetik’ oleh netizen. Menerusi laporan Harian Metro, Raja Afiq, 29, tidak menolak individu yang menuduhnya ambil barang terlarang untuk kurus mungkin orang sama yang cuba menyihirnya sebelum ini.
Berat susut kerana sukan
Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali memberitahu berat badannya susut mendadak kerana bersukan.
Mungkin orang yang keluarkan cerita saya ambil barang terlarang jugalah menyihir saya. Saya tak tuduh siapa-siapa cuma boleh fikir logik, kenapa saya nak hisap dadah, hisap rokok pun tak.
Saya bersukan. Cerita kehidupan saya, hanya isteri saja yang tahu. Hidup saya dengan keluarga saya saja dan tak kacau sesiapa pun. Nampak tak, ada orang dengki dan mengkhianati saya?
Netizen pun boleh nampak betapa khianat orang itu nak tutup periuk rezeki saya.
Tambah Raja Afiq, dia berharap isu seperti ini tidak akan timbul lagi selepas ini. Pada masa yang sama, dia tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang jika isu ini berlarutan.
Jangan serang-serang lagi, nanti tindakan undang-undang menyusul. Bukti mana bukti, kalau tak ada, semua orang pun boleh cakap. Dunia ini ada undang-undang, akhirat pun ada undang-undang.
Aku takkan pernah maafkan orang yang fitnah itu.
Bercerita mengenai gangguan sihir, Raja Afiq berkata dia bersyukur kerana gangguan sihir itu sudah berkurang.
Adalah sikit-sikit sebab kalau kita berubat, ia ambil masa dan takkan boleh pulih 100 peratus. Sebelum ini saya pernah berak darah, sekarang sudah tidak lagi.
“Kalau pasal gangguan rezeki itu, masih adalah. Untuk pembukaan tahun ini, saya ada terbabit penggambaran telemovie dengan isteri. Okaylah tapi tiba-tiba makin berkurang balik.
Sumber: Harian Metro