berita

‘Kenapa Tak Sedekah?’ – Viral 50 Tan Sayur Dibuang, Lelaki Ini Beri Pandangan Dari Sudut Petani

April 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pengusaha sayur di tanah tinggi Lojing, Gua Musang didakwa terpaksa membuang hasil tanaman 50 tan setiap hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada pembeli. Hal ini dilaporkan Buletin TV3 dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata tidak berpuas hati melihat pembaziran yang dibuat.

Di Facebook, seorang individu meluahkan pendapat mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. Dia memberi pandangan dari sudut seorang petani.

Kenapa tak sedekah?

Petani Vs Netizen.

Headline berita, sekali baca terus rasa berdesup darah. 50 tan sayur kena buang. 50 tan bersamaan 50 000 kg. Kalau ambil purata harga sayur, 2 ringgit per kilo, dah RM 100 000 dibuang. Netizen persoal. Kenapa tak sedekah, tak kongsi dengan jiran, sampai ada satu comment aku baca, kenapa tak jual sayur di lazada. Bernas sungguh idea.

Ada juga yang lihat, headline begini untuk meraih simpati kerajaan. Jenis nasionalis tak bertempat, maka ratib lah fahaman tokey cina mahu main harga. Itu persepsi dan persoalan dari kaca mata netizen.

Mari kita duduk dalam kasut boot getah kuning petani. Tengok petani itu sebagai petani. Bukan dia seorang Cina, Melayu, India dan tak kira lah apa bangsa sekalipun.

1. Untuk petik cili kena bayar pekerja. Punggah hasil, packing kena bayar lagi. Nak bawa ke tempat nak collections point, kena lagi duit tambang hilux. Nak distribute ke tempat nak ‘sedekah’ kena bayar lagi lori.

2. Ini dipanggil sedekah dalam sedekah. Niat nak sedekah sawi, tapi nak sedekah pun ada kos yang perlu kena keluar.

3. Ya benar kawan, sedekah itu amalan yang mulia. Namun, waktu kritikal begini, fikiran mereka sudah pasti mahu fokus cari pendapatan nak bagi anak bini makan. Petani ramai tak ada KWSP okayy.

Sayur mudah rosak

4. Sayur, sifatnya perishable. Maksudnya mudah rosak atau cepat expired. Untuk sedekah sayur, perlu ada koordinasi yang baik. Pukul berapa sampai, pukul berapa nak agih dan dekat mana nak simpan.

5. Kita belum sampai kecanggihan teknologi ‘air freight’ untuk bawa sayur tempatan merentas negeri. Banyak guna lori biasa sahaja.

6. Kawasan tanah tinggi yang paling terjejah, Cameron Highland dengan Lojing di Gua Musang. Masa kalian melawat, memang beli sayur di kedai tepi jalan, parking dan terus masuk beli. Hakikatnya, kebanyakan kebun berada di pelusuk kampung, di ceruk bukit. Kena ikut jalan tanah merah sampai 2 jam jauhnya.

7. Kalau sekarang pergi kebun mereka, aku percaya senang senang je dia bagi sayur penuh satu bonet kereta. Tapi rasa la sendiri bawa kereta masuk jalan batu, panjat bukit dan kutip sendiri sayur.

8. Pasaran utama sayur, adalah di pasar borong. Sekarang, waktu operasi pasar borang semua terhad, peniaga buka kedai pun limited. Yang keluar membeli pun tak serancak macam sebelum Covid datang.

9. Contoh, norma peraih bawa 1000 kg sayur ke pasar borong Selayang, sampai sana, penjual mahu 300 kg je. Ambik banyak takut tak habis. (rujuk point nombor 2). Yang tak habis, mahu tidak mahu kena bawa pulang. Nak jaja satu-satu kedai, makin tinggi kos ‘vehicle running’.

10. Sayur ada masa kena harvest. Tak boleh dibiar. Nanti segala mak nenek serangga perosak datang. Kesan dia sampai setahun dua kalau perosak dah bersarang di situ.

Ada kos tersendiri

11. Setiap kilo sayur, ada oncost sendiri. Dari kos baja, air, elektrik, transport dan pekerja. Modal tak dapat pusing, tak dapat tanam untuk musim depan. Netizen juga yang tak merasa sayur nanti.

12. Corona datang , semua orang akan hadap kesukaran. Dari seorang doktor yang diangkat sebagai hero sehingga petani yang dipandang sepi. Semua ada cabaran dan peranan masing-masing.

13. Ini cuma luahan petani. Mungkin headline berita mahu geser cetusan api. Kalau headline nya berbunyi :

“Pengusaha rugi, kadar permintaan sayur berkurangan”

Boleh lagi diterima waras akal netizen kan. Tak salah netizen jugak, waktu sukar begini, tahu-tahu sayur kena buang. Memang rasa emosi. Tapi cuba. Cuba letak kaki kalian dalam boot getah kuning petani. Buang kaca mata racis. Mungkin kalian boleh sama-sama memahami, mendalami dan mencari solusi bersama.

Ahmad Zakwan
Netizen fight Farmer. Stomach suffer.

p/s : Rujuk gambar ketiga kalau rasa nak kecam bab sedekah.

Rujukan :
1. Post Tuan Amy Ashimyshi
( Petani Melayu yang terkesan)

2. Post Tuan Fahmie Abu Bakar
( Petani Melayu yang juga terkesan)

Sumber : Ahmad Zakwan Zakaria

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×