berita

Kenderaan Luar Masuk Pulau Pinang Bakal Dikenakan Caj?

November 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dicadangkan agar dikenakan caj bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, langkah tersebut dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang.

Jumlah kenderaan melebihi satu juta

Menerusi laporan Sinar Harian, Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee berkata, berbanding 10 tahun lalu iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan.

Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kita nak gerakkan manusia, bukannya kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalus.

Kerajaan negeri perlu tingkatkan kemudahan pengangkutan awam

Tambah beliau, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam sekiranya kerajaan negeri ingin menggerakkan manusia.

Kerajaan negeri juga perlu mempunyai ‘political will’ untuk menempatkan semula atau menghentikan aktiviti penjaja haram jalanan serta parkir haram

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal

Selain itu beliau juga mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kejuruteraan Sivil dan Geoteknikal susulan dua kejadian tanah runtuh di negeri ini. Tambah beliau lagi, suruhanjaya itu juga boleh digunakan untuk Lebuh Raya Pan Island Link 1(PIL1) berikutan projek itu memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Suruhanjaya ini akan dilaporkan kepada Dun atau Dewan Rakyat yang mana, ia bakal diketuai juru ukur bangunan dengan barisan jurutera awam dan profesional berkelayakan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja, mitigasi, rektifikasi dan sebagainya.

Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan dan kriteria yang diperlukan Penilaian Impak Sosial, Penilaian Impak Alam Sekitar, Penilaian Impak Lalu Lintas dan sebagainya.

Suruhanjaya ini juga perlu dilengkapi dengan Sistem Informasi Geografi (GIS) untuk menyediakan ‘landslide and flood hazard mapping’ untuk seluruh Pulau Pinang.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×