berita

Kenduri Kahwin Dibatalkan Sehari Sebelum Majlis Bila Pengantin ‘Lelaki’ Sebenarnya…

September 2nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Makhluk Allah SWT telah diciptakan berpasang-pasangan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Namun, apa yang terjadi pada pasangan dari Indonesia ini amat mengejutkan!

Pasangan ini terpaksa membatalkan perkahwinan kerana rahsia jantina pasangan tersebut terbongkar.

Jantina sebenar terbongkar

https://www.instagram.com/p/B15CS8NFCjG/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Menerusi CNN Indonesia, lamaran seorang ‘lelaki’, yang dikenali sebagai NI ditolak oleh keluarga perempuan, TE selepas jantina sebenar ‘lelaki’ tersebut terbongkar dan hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan.

Keluarga perempuan berasa curiga terhadap jantina sebenar NI dan meminta agar pertemuan bersama keluarga dilakukan sebelum melangsungkan lamaran.

Diperiksa oleh bidan

https://www.instagram.com/p/B11ggDYh4Kd/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Jurucakap pihak berkuasa, Alex Andrian berkata keluarga ini berasa curiga dengan suara NI yang seakan perempuan.

Keluarga TE berasa curiga dengan penampilan fizikal NI yang seperti lelaki namun suaranya seperti perempuan dan meminta dia diperiksa oleh bidan. Akhirnya, terbongkar NI sebenarnya seorang perempuan.

Pasangan ini juga dikatakan berkenalan melalui media sosial kemudian memutuskan untuk berkahwin. Walaupun mereka telah berjumpa beberapa kali, namun TE tidak mengesyaki apa-apa.

Perkongsian ini menjadi viral di media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Sumber: CNN Indonesia, Instagram

SKIP THIS AD ×