berita

Kenyataan Ayah Menyakitkan Hati Saya & Ibu – Luahan Anak Zainal Abidin Isu Terikut Budaya Barat

February 10th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

FotorCreatedPenyanyi Zainal Abidin terbaru mengeluarkan kenyataan berkaitan anak perempuannya, Timur Gabriel yang dikatakan terikut-ikut dengan budaya barat. Zainal berkata dia tidak menyalahkan Timur kerana Timur tinggal bersama bekas isterinya, Natasha Gabriel Abdullah yang merupakan seorang muallaf.

Timur segera membuat kenyataan balas terhadap ayahnya dengan mengatakan ayahnya hanya menggunakan media untuk menyerang ibunya. Kenyataan Zainal seperti menyalahkan bekas isterinya.

“Post saya sebelum ni bukan nak serang ayah”

Screen Shot 2017-02-10 at 12.45.45

Dalam post terbaru Timur di Instagramnya, Timur menjelaskan yang dia takda niat untuk serang ayahnya. Dia hanya berkecil hati dengan tindakan bapanya memberi kenyataan yang sedemikian.

Kepada rakan-rakan dan pengikut, Saya tidak sangka untuk dapat apa-apa maklum balas daripada anda dan saya amat berterima kasih atas sokongan anda. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang saya nak menjelaskan; Saya tidak membuat post saya sebelum ini untuk menyerang ayah saya. Saya cuma rasa kenyataan ayah adalah sangat menyakitkan hati saya dan ibu dan saya menulis kenyataan balas untuk mempertahankan saya dan ibu.

Bagi mereka yang menuduh saya impulsif dan angkuh – Sebelum saya buat post itu, saya ada bertanya kepada ayah saya kenapa dia beri kenyataan itu. Tapi saya ditinggalkan tanpa penjelasan. Itu sebab saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Sebagai pembelaan, saya ingin mengingatkan anda – hanya kerana seseorang itu tidak baik kepada anda, tidak bermakna anda juga buat benda yang sama kepada mereka. Tidak kira bagaimana ayah saya melayan saya atau keluarga saya, sebab dosa-dosanya bukan dosa kita. Tapi bersyukurlah dia baik dengan keluarga barunya sebab apa yang saya nampak, mereka gembira. Dia tak ada dalam sebahagian besar hidup saya tapi itu tak bermakna saya tak gembira untuk isteri dan anak-anaknya sekarang.

Ibu bapa, tolong jadi yang terbaik untuk anak-anak anda. Mereka pandang tinggi kepada anda dan perlukan anda untuk panduan. Jadilah contoh yang terbaik dan sayangilah anak anda seperti Tuhan sayangkan anda.

Dan anak-anak, sama ada anda Muslim, Kristian, Yahudi atau Atheist buat baiklah kepada ibu bapa. Mungkin susah, tapi sentiasa ingat bahawa ibu bapa adalah manusia dan mereka juga buat silap. Tapi bila anda dewasa, belajar untuk bezakan antara satu kesilapan dan “kesilapan”. Tengok kesilapan sebagai rujukan untuk membezakan apa yang baik dan buruk dan cubalah jadi orang yang baik.

Dan bagi mereka yang mencari kejayaan, kerja keras dan perlu tahu apa yang anda mahu dalam hidup, tetapi jangan gunakan dan menghina orang lain untuk manfaat.

Kepada rakan-rakan dan pengikut saya, tidak kira bangsa, agama atau jantina; sila hormati satu sama lain. Bersopanlah bila anda mempertahankan maruah anda, dan bersopanlah bila anda mempertahankan satu sama lain. Terima kasih ?

Timur Gabriel.Screen Shot 2017-02-10 at 12.48.25

Screen Shot 2017-02-10 at 12.49.42

Screen Shot 2017-02-10 at 12.49.57

Kredit : Instagram Timur

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×