berita

‘Kepada Majoriti Berniat Untuk Jadi ‘Imam’ Tu’ – Terima Banyak DM Lamaran, Ini Respon Padu Norman Hakim

February 8th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial anak gadis Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang sangat cantik. Sekali pandang memang boleh jatuh hati, berkulit putih gebu, bertudung labuh dan pemalu membuatkan ramai yang mahu menjadikan Marissa sebagai isteri.

Di instagram, Norman Hakim kongsi menerima banyak kiriman mesej daripada orang ramai yang mahu menjadi ‘imam’ kepada Marissa. Ini respon padu Norman Hakim & Abby Abadi.

Habis DM penuh dengan risikan padu

Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh ‘viral’.Viral untuk apa tu?Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu.Yang pilu pun ada jugak . . Nak bgtau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti.Jauh perjalanan lagi.Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan . . Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebhgn drpd permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita.Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini . . Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’.Saya bercakap berdasarkan pengalaman.Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’ . . Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok??Aamiin in shaa Allah??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Susulan daripada viralnya kecantikan Marissa di laman sosial, Norman Hakim sebagai bapa menerima pelbagai ‘risikan’ padu di DM. Kata Norman, dia bersyukur dengan niat ikhlas majoriti yang mahu menjadi ‘Imam’ kepada Marissa. Namun Norman menjelaskan Marissa baru berusia 13 tahun, jauh lagi perjalanan. Hafazan al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.

Kata Mama, utamakan yang utama : Allah dan ibubapa

Abby Abadi pula memberitahu sebagai lelaki ‘utamakan yang utama’. Jalankan tanggungjawab pertama sekali kepada Allah, seterusnya kepada ibu bapa seumpama tiada hari esok. Selepas itu barulah fikir untuk mendirikan masjid.

Norman Hakim sendiri walaupun sudah mempunyai 6 anak, masih belajar seni untuk bermasjid. Pesan terakhirnya, diharapkan selit doa yang baik-baik sahaja apabila meninggalkan komen di ig anak gadisnya itu.

Sumber : Instagram Norman Hakim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×