berita

‘Kepada Musibat Yang Bocorkan Gambar Tu..’ – Respon Sharnaaz Ahmad Isu Farid Kamil

January 12th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semenjak tersebarnya berita penahanan pelakon popular, Farid Kamil semalam pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang mengkritik tidak kurang juga yang menyokong dan yakin pelakon berkenaan tidak bersalah. Isterinya Diana Danielle setakat ini masih berdiam diri namun ruangan komen instagramnya telah ditutup.

Rakan artis, pelakon Sharnaaz Ahmad di twitter memberikan kata sokongan buat Farid Kamil. Malah, dia juga ada meninggalkan pesanan ini.

Be strong Farid

Di Twitter, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan rasa terkilan dengan sesiapa yang telah membocor dan menyebarkan gambar Farid Kamil. Sharnaaz menulis lagi, bagaimanakah dengan maruah keluarga Farid Kamil? Hari ini anda mungkin bahagia, tetapi bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menguji.

Gambar yang tersebar di laman sosial

Di ruangan komen, ramai yang menyokong kenyataan Sharnaaz tersebut. Mereka mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak supaya perkara ini adil. Ramai juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Diana Danielle dan anak, pasti sekarang ini Diana sangat tertekan dan sedih.

 

Sumber : Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×