Penyanyi dah cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur segelintir lelaki yang bergelar suami agar tidak menjaga tepi kain orang lain rentetan isu perceraian yang banyak berlaku ketika ini.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Sah Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Nafi Ada Masalah Kesihatan Lelaki Jadi Punca Cerai – ‘Azrene Pernah Gugur 13 Kali & Kami Ada 4 Anak..Mana Tak Sihatnya?’
Teguran Fazley
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob berkata, mereka tidak layak untuk memberi nasihat tentang perkahwinan malah adalah lebih baik menjaga hal rumah tangga sendiri.
Kepada suami-suami yang masih berkahwin, tak perlu nak beri nasihat kepada duda-dua lain macam mana nak jaga isteri.
Nasihat saya, jagalah isteri sendiri.
Tak perlu jadi Pak Maon nak suruh kuatkan agama, dah macam ustaz skibidi bombom dan tak perlu jadi penceramah motivasi nak bagi 88 tips rumah tangga bahagia.
Bukan keputusan mudah
Dalam pada itu, penyanyi berusia 46 tahun tersebut juga menegaskan bahawa setiap pasangan yang memilih jalan perpisahan pastinya ia bukanlah satu keputusan yang mudah.
Setiap perceraian pasti sudah difikir masak-masak dan sampai hangus sebelum membuat keputusan.
Sudah suratan atau kebetulan, ramai pula yang berpisah tahun ini. Bagi duda-duda ini ruang juga okay.
Fazley sebelum ini mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun bersama Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad berakhir apabila mereka sah bercerai.
Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.
Sumber: IG Fazley Yaakob