Malang tak berbau! Ibu bapa ini berdepan detik cemas apabila anak yang berada di dalam kereta Triton tiba-tiba terjatuh menyembah bumi.
Menurut Nadzmi Suhaimi, Yusuf mengalami pendarahan di kepala disebabkan kepalanya yang terjatuh dahulu dan terhantuk pada jalan tar.
Kepala terhantuk pada jalan tar
Beberapa hari lepas, semasa selesai saya dan wife beli barang-barang pantri ofis bumsnbums, anak saya, Yusuf jatuh dari Triton. Kepala dulu pergi, terhantuk dekat jalan tar.
Waktu tu wife saya sedang bayar parking, Yusuf dalam dalam kereta, saya buka pintu dari luar, sekali menjerit budak tu jatuh. Saya angkat dia, saya nampak darah mengalir dari kepala. Cepat-cepat saya tekan dengan tangan tempat luka tu untuk kawal darah keluar. Yusuf menangis kuat.
Dalam 9 saat macam tu, saya nampak wife saya berjalan ke arah kereta. Saya pun lambai sambil jerit “awak cepat awak”. Wife saya pun berlari anak ke arah kereta.”Yusuf jatuh awak, darah banyak”. Saya angkat tangan yang tutup kepala Yusuf tu, darah penuh dekat tapak tangan.
“Ada kain tak?” Saya tanya wife saya.”Ada tadi baru beli kain untuk lap, dalam plastik” wife saya jawab.
Saya ambil kain tu, saya pun bagi wife saya, tekap kepala, untuk kawal pendarahan.
Terus ke hospital, daftar di kecemasan
Masuk kereta, terus ke Hospital Putrajaya. Dalam kereta wife saya bagi Yusuf minum air. Dalam 20 minit, kami sampai di Hospital Putrajaya, wife saya turun dan daftar di kecemasan, saya pun pergi cari parking.
Dapat parking (Triton ni panjang, susah sikit nak park tempat sesak), saya ke bahagian kecemasan. Tengok no giliran ada 16 orang lagi. Yusuf time tu dah tak menangis. Darah pun dah berhenti. Anggaran separuh kain yang basah.
Saya cakap kat Yusuf, “tengok jari papa” (saya letak jari telunjuk macam 1 depan muka dia dan gerakkan perlahan-lahan, nak tengok mata dia ikut tak jari saya).
Mata dia ikut, so okay. Pupillary reflex pun ada bila kena cahaya. Saya test lagi, saya minta dia pegang jari saya, dia pegang. Kemudian saya gerakkan jari saya dan minta dia pegang lagi. Alhamdulillah, okay, maknanya koordinasi ada lagi.
Saya minta dia genggam kuat sikit, dia genggam. So okay. Lepas tu wife saya lap kesan darah kat muka dan kepala Yusuf dengan kain yang saya basahkan di bilik air depan tempat menunggu.
Yusuf kembali aktif
Lepas 10 minit, Yusuf kembali aktif, panjat kerusi dan berlari di tempat menunggu. Saya dah yakin budak ni takda apa-apa. Lagi 13 orang nak sampai giliran. Saya dah nak ajak balik dah.
Wife saya cakap, “tunggu dulu, kalau retak kepala macam mana?”. Saya jawab mudah je, “kita ketuk sikit bahagian luka tu, kalau dia menangis maksudnya sakit, maybe retak, kalau dia okay je, luka luar je la. Saya pun ketuk kepala budak tu. Yusuf okay je. Sambung berlari, main, panjat kerusi macam Spiderman.
Tapi usaha saya ajak balik tak berhasil. lepas 1jam 45min tunggu sampai giliran kami.
Doktor pun tanya soalan-soalan ni. Lepas jatuh ada nampak macam sawan tak? Ada bagi makan tak? Ada muntah lepas tu?
Selesai doktor buat check-up, Yusuf hanya di cuci luka (dressing) dan boleh balik. Sama macam pendapat saya. Budak Yusuf tu masih tak berubah, kekal buas dalam kereta pun tak diam.
Tips jika anak jatuh
Jika anak anda jatuh dan berdarah dikepala, jangan takut dan tergamam, buat ini:
1. Kawal pendarahan, ambil kain yang serap darah, letak di kawasan luka, tekan lembut-lembut manja.
2. Perhatikan mangsa tu, ada tak macam sawan, mata naik kelangit ke, kira berapa lama sawan.
3. Waktu sawan tu boleh bernafas tak? Jangan kita pulak buat cuak ala-ala sawan
4. Kalau tak sawan, belai belai budak tu supaya tak menangis. Bagi air yang sedap untuk dia minum. Lagi baik bagi ais krim, sure tak tolak dan dia akan berhenti nangis.
5. Cek mata dia bergerak ikut respon tak.
6. Lepas makan ada muntah tak
7. Pendarahan berhenti berapa lama.
8. Berapa bahagian kain yang basah dengan darah (nak anggar blood loss).
9. Lepas jatuh tu makin lemah atau kembali aktif.
10. Terus ke hospital berdekatan. Atleast kalau dah yakin okay baru balik rumah. Jangan nampak melarat baru nak ke hospital. Sampai hospital kalau lambat jangan meroyan. Staff hospital tahu mana kes perlu layanan segera.
Sumber: Nadzmi Suhaimi