Hanya kerana meminta rakannya untuk membayar hutang, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan akibat disantau.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Cemburu Dengan Kasih Sayang Suami, Wanita Tergamak Sihir Anak Tiri
Perut membusung
@rawatanislamusthasnan KAWAN DARI NERAKA #hasnanrili #rawatanislamnegerisembilan #rawatanislamalmustakim #rawatanarsyifa #sihir ? original sound – Mr prison
Menerusi hantaran dimuat naik Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Al-Mustakim, Negeri Sembilan di TikTok, dapat dilihat wanita yang mengenakan baju berona kelabu itu sedang menahan kesakitan ketika menerima rawatan.
Difahamkan wanita tersebut meminta rakannya untuk membayar hutang sebanyak RM2,000 yang dipinjamkannya sekitar tiga bulan yang lalu.
Namun, rakannya bukan sahaja enggan untuk melangsaikan hutang malah bertindak mencaci wanita tersebut.
Sementara itu, pengamal perubatan di pusat rawatan tersebut, Ustaz Mohamad Hasnan Rili memaklumkan bahawa perbuatan santau tersebut telah menyebabkan wanita tersebut mengalami masalah seperti berasa bisa seluruh badan, kepala nak meletup dan busung perut.
Keterangan pada video yang saya kongsikan itu diceritakan sendiri oleh pesakit. Dalam tempoh dua minggu ke sebulan selepas meminta hutang, pesakit mulai berasa sesuatu pada dirinya.
Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa biasa, kepala nak meletup dan perut busung.
Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.
Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan wanita berkenaan dan mendoakan agar dirinya segera sembuh dari penyakit misteri tersebut.
Sumber: TikTok, Harian Metro