berita

‘Kepala Ditendang Seperti Bola’– Bapa Kecewa Anak Dibuli 10 Pelajar, Bila Buat Aduan, Pengetua Kata Benda Boleh ‘Settle’

May 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa nekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sekumpulan pelajar dan guru selepas anak lelakinya yang berusia 16 tahun telah dibuli dan dicederakan di sebuah sekolah di Petaling Jaya.

Kepala ditendang seperti bola

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, bapa mangsa yang berusia 52 tahun itu mendakwa anak lelakinya telah diserang oleh kira-kira 10 orang pelajar di padang sekolah berkenaan pada 11 Mei lalu. Difahamkan, sebelum kejadian, ada seorang pelajar memaklumkan mahu bertemu dengan mangsa di padang sekolah. Namun lain pula yang jadinya apabila mangsa tiba, dia dikelilingi oleh sekumpulan pelajar.

Mereka kemudian memaki dan menjerit pada anak saya dengan seorang daripada mereka menolaknya. Anak saya memaklumkan sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya.

Dia juga memberitahu mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka.

Menurut sumber, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri berjaya menyelamatkan diri. Dia kemudian pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan.

Apabila saya bertemu pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil.

Bapa buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mendakwa ini bukanlah kali pertama anaknya menjadi mangsa buli di sekolah berkenaan.

Pada 2019, dia turut dibuli dan apabila saya pergi ke sekolah, guru memaklumkan mereka (anak dan pembuli) sudah berbaik. Malah pada tahun sama, seorang daripada pelajar berkenaan mengugutnya menggunakan pisau tetapi dia tidak memaklumkan kepada saya sehingga April 2020 menyebabkan saya menghubungi pihak sekolah supaya tindakan diambil.

Pada Julai (2020), saya dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar berkenaan tidak lagi datang ke sekolah. Itu bukan alasan untuk tiada tindakan diambil terhadapnya.

Difahamkan, dua laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh bapa mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×