Foto: The Sydney Morning Herald
Seorang anak tergamak membunuh ibu kandungnya sendirinya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek telah menikam ibunya lebih daripada 100 kali sebelum mencungkil mata, hidung dan lidah sebelum memenggal kepala mangsa. Kejam!
Tikam lebih dari 100 kali
Foto: The Sun
Pembunuhan tragis itu dipercayai berlaku pada 20 Julai 2019 yang lalu di Sydney. Suspek yang dikenali dengan nama Jessica Camilleri telah menarik rambut ibu kandung, Rita dan menyeretnya hingga ke dapur. Suspek kemudian bertindak menikam leher dan kepala mangsa lebih daripada 100 kali menggunakan tujuh bilah pisau steak. Selepas membunuh, Jessica membawa mayat ibunya itu ke luar rumah dan meninggalkannya di laluan pejalan kaki.
Tidak lama selepas itu, Jessica menghubungi pihak polis dan mendakwa Rita cuba menikamnya tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila polis melihat keadaan Jessica dipenuhi dengan darah. Bukan itu sahaja, mereka turut menemui mayat Rita tanpa berkepala di lokasi kejadian. Namun apa yang tidak diduga adalah pertanyaan Jessica kepada anggota polis. Dia bertanya adakah mereka boleh ‘mencantumkan’ semula kepala ibunya itu.
Kepala ibu saya berada di sana. Boleh tak kamu menghidupkan kembali seseorang tanpa kepala?
Baru dijatuhi hukuman
Foto: ABC News
Ekoran daripada itu, Jessica telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan dan mereka mendapati suspek mempunyai masalah kesihatan mental tetapi ketika pembunuhan itu berlaku, suspek dipercayai berada dalam keadaan sedar. Oleh itu, baru-baru ini, pihak mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara selama 21 tahun dan tujuh bulan atas perbuatan suspek.
Difahamkan, dua hari sebelum pembunuhan berlaku, kedua-dua beranak ini telah bertengkar antara satu sama lain kerana Jessica telah membuat panggilan telefon kepada orang asing dan memaki mereka. Ekoran daripada itu, Rita cuba menghubungi ambulans untuk membawa anaknya itu ke pusat psikiatri. Perkara tersebut telah menaikkan kemarahan Jessica dan suspek nekad membunuh ibu kandungnya itu.
Sumber: The Sydney Morning Herald, 9news