Sudah menjadi trend kat Malaysia ni kalau wedding je mesti kena ada bridesmaids. Antara soalan-soalan yang bermain kat fikiran bakal pengantin, “Pelik ke kalau aku tak ada bridesmaids?” “Rasa macam jahat je kalau tak hire kawan-kawan jadi bridesmaids sebab hari tu diorang beriya-iya minta nak jadi..” Tapi perlu ke bridesmaids?
Jawapannya TAK PERLU pun untuk ada gadis-gadis molek yang berpakaian sama warna duduk di sekeliling korang semasa majlis berlangsung atau photoshoot sessions. Kenapa? Meh, admin nak kongsi sebab-sebabnya.
1. Pilih si A nanti B kecik hati pulak. Aduyai!
Korang dahla ramai kawan dan ramai cousins perempuan. Tak ke pening korang nak decide siapa yang patut jadi bridesmaids.
Bila dah macam tu, nak kena jaga hati semua orang. Takut nanti kalau tak pilih dia, kecil hati pulak. Ah sudah! So, better tak perlu ada bridesmaids. Haa.. selesai satu masalah.
2. Duit oh duit..
Bab ni kalau korang mampu nak sponsor baju dan accessories, okay je. In case kalau korang rasa dah lari bajet, sebaiknya tolak tepi je pasal bridesmaids ni untuk korang jimat duit.
Lagipun sebagai pengantin, banyak lagi benda yang korang kena fikir untuk spend duit korang tu. Contohnya, baju pengantin, pelamin, catering dan doorgift.
Dalam masa yang sama jugak, kawan-kawan atau family korang tak perlu susah-susah nak spend dekat baju atau accessories bridesmaids.
3. Bab bergambar bukan main lagi. Bila mintak tolong hampeh!
Bab ni memang susah sikit nak bawak bincang. Ada je kes bridesmaids datang wedding tak tolong apa-apa tapi bila sesi bergambar, fuhh! Dia lah yang beriya-iya.
Amboi.. banyak cantik muka awak! Kalau dah jadi bridesmaids, patutnya sendiri faham lah apa yang patut kena tolong. Ringan-ringan kan lah tangan tu. Jadi kalau korang tak nak benda ni berlaku, tak payah ada bridesmaids pun tak apa.
4. Overshadow pengantin. Siapa yang kahwin sebenarnya ni?
Bila dah ramai-ramai bridesmaids atas pelamin tu, ada pulak yang over sampai suruh photographer shoot gambar macam dia pulak pengantin. Ada jugak yang sibuk nak touchup makeup dan betulkan tudung. Ewah-ewah.. Dia lupa kot tu bukan majlis dia.
Korang sebagai pengantin pulak terasa diri macam bayang-bayang kat belakang.
5. Drama mengalahkan sinetron
Let’s face it! Kalau dah ramai jadi bridesmaids, confirm ada yang buat hal punya lah. Contohnya, ada yang tarik diri last minute lah, tak jumpa baju yang berkenan lah. Mungkin ada juga yang tak bersefahaman. Haa.. kan payah kalau dah jadi macam tu.
Keputusan nak ada bridesmaids atau tak ni berada kat tangan korang sebenarnya. Kalau korang rasa seronok nak ada kawan-kawan yang meriahkan majlis, apa salahnya. Tiada halangan!
Tujuan post ni bukan untuk attack sesiapa pun. Ramai je antara korang yang dah ada pengalaman awesome dengan bridesmaids. Tak salah pun sebab diorang ni secara tak langsung menaikkan seri majlis.
Ini cuma sedikit pengalaman orang dan untuk bagi jawapan pada sesiapa yang tak pasti dengan keputusan sendiri untuk tak nak ada bridesmaids masa wedding, it’s totally fine!