Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menyifatkan kepulangan anaknya itu ke pangkuan keluarga disebabkan keberkatan doa yang dipanjatkan selama ini.
Artikel Berkaitan: ‘Syamsul Ada Berhubung Tanya Khabar Kami & Sering Singgah Ke Rumah Untuk Menikmati Masakan Ibunya’ – Yusof Haslam
Artikel Berkaitan: ‘Mama Juga Mahu Puteri Sarah Gembira’ – Patimah Ismail
Doa yang dipanjatkan
Menerusi hantaran di Instagram, Patimah seakan memerli seseorang yang menjadi punca keretakan rumah tangga Syamsul dan bekas isteri pertama, Puteri Sarah hingga membawa kepada perceraian.
Kepulangan anak saya (Syamsul) ke pangkuan keluarga atas doa kami (keluarga) semua. Jangan letakkan kesalahan kepadanya.
Kerana kamu yang memulakannya hingga kehidupan isteri dan anak-anaknya teraniaya.
Meskipun tidak mendedahkan nama mana-mana individu, namun dipercayai perkongsian itu ditujukan kepada bekas isteri kedua Syamsul, Ira Kazar.
Dalam pada itu, Patimah turut menasihati individu yang dimaksudkan untuk bermuhasabah diri dan merenung kesalahan yang dilakukan.
Muhasabah lah diri dan keluarga kamu.
Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas lebih dua tahun tidak berjumpa ibu bapanya.
Tindakan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berbuat demikian sejurus dia bercerai dengan isterinya, Ira Kazar pada 5 September lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram