berita

‘Keputusan Bedah Siasat Mendapati….’ – Remaja Bawa Balik Mayat Teman Wanita Sejauh 15KM Direman 4 Hari

April 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral mengenai kisah seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menghantar mayat teman wanitanya selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan di hadapan kilang kelapa sawit di Felda Keratong 3 Muadzam Shah, Pahang. Menerusi laporan Harian Metro, remaja tersebut direman selama empat hari bermula hari ini.

Bertembung dengan seekor kerbau

Kejadian yang berlaku lebih kurang 3.30 pagi itu didakwa bermula apabila suspek dan teman wanitanya bertembung dengan seekor kerbau yang sedang baring di tengah jalan apabila mereka keluar bersiar-siar. Ekoran daripada itu, mangsa mengalami kecederaan yang parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Azari Miskun, suspek kemudian bertindak mengangkat mangsa dan membawa mayat teman wanitanya itu sejauh 15 kilometer untuk dihantar ke rumah dengan menaiki motosikal tersebut. Menurut sumber, suspek telah meninggalkan mayat teman wanitanya itu di garaj tanpa memaklumkan hal tersebut kepada keluarga mangsa. Mayat mangsa ditemui oleh datuknya pada keesokan hari sebaik sahaja ingin meletakkan kenderaan.

Direman selama 4 hari

Susulan daripada kejadian itu, suspek berjaya diberkas oleh pihak polis dan direman selama empat hari bermula hari ini. Menurut Azari, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Kes juga disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 ( PPPB). Keputusan bedah siasat juga mendapati mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dipercayai akibat kemalangan.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

SKIP THIS AD ×