Kisah cinta Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara pernah menjadi sebutan kerana perbezaan dari segi budaya serta etnik. Baru-baru ini, Fila berkongsi di Tiktoknya tentang perjalanan mereka sepanjang proses IVF, namun tidak berjaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beri Sumbangan Al-Quran Untuk Pelajar Tahfiz Di Guinea, Wanita Ini Teruja Penduduk Setempat Dah Kenal Malaysia
Artikel Berkaitan: Pernah Viral Nikah Jejaka Afrika , Wanita Kedah Kongsi Rasa Bahagia Dapat Balik Kampung Suami
Artikel Berkaitan: ‘Mula-Mula Rasa Takut..’ – Viral Gadis Kedah Pilih Jejaka Afrika, Pengantin Baru Cerita Detik Perkenalan
Redha, Allah sebaik-baik perancang
@filacamara Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah ?? Doakan kami ?
? Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Menerusi perkongsiannya itu, pasangan suami isteri itu bersetuju untuk menjalani in-vitro fertilization (IVF) sebagai salah satu cara untuk mendapatkan cahaya mata. Tambahnya, dia perlu melalui beberapa ujian sebelum keputusan IVF dikeluarkan.
Walau bagaimanapun, keputusan yang dikeluarkan oleh pihak pusat perubatan menunjukkan usaha IVF mereka tidak berjaya. Tambah Fila, dia redha dengan perancangan tuhan dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjalani ujian tersebut.
Netizen berkongsi kisah dan mendoakan
Sumber: Filacamara