Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan berlangsung esok, dijangka membincangkan keputusan sama ada pihak kerajaan mahu melaksanakan ‘total lockdown’ dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 ataupun tidak.
Sudah hampir setengah juta
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Pelaksanaan PKP penuh mungkin akan diputuskan esok dalam mesyuarat MKN yang akan dibincangkan membabitkan Perdana Menteri dan semua Menteri Besar serta Ketua Menteri. Kerajaan melihat penularan Covid-19 adalah satu perkara yang amat serius dan berdasarkan statistik kelmarin, jumlah kumulatif kes positif sudah hampir setengah juta.
Kes kematian pula sudah lebih 2,000 dan kita merasakan ia satu perkara yang amat membimbangkan dan kita sedar bahawa kerjasama kuat daripada Kementerian Kesihatana Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mempertahankan wabak ini. Selama ini kita mengambil langkah dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sama ada secara keseluruhan atau bersasar bergantung kepada keadaan untuk mengekang penularan Covid-19.
Rakyat sokong ‘total lockdown’
Kami menyokong sekiranya pihak kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’. Ini kerana, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan bahkan, jumlah kematian turut meningkat. Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan menyuruh semua rakyat Malaysia duduk di rumah buat sementara waktu bagi mengurangkan jumlah kes di negara ini.
Mungkin ‘total lockdown’ jalan terakhir buat Malaysia bagi memastikan semuanya kembali pulih.
Semoga keputusan kerajaan esok mampu memberikan yang terbaik buat rakyat tidak kira daripada apa jua aspek sekalipun.
Hampir majoriti rakyat Malaysia menyatakan di Twitter bahawa mereka mahu pihak kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ dalam masa terdekat demi kebaikan bersama.
Sumber: Harian Metro & Twitter