berita

‘Keraih Kejung..’ – Puas Cari Remote TV Satu Rumah, Rupanya Dalam Peti Sejuk..Bertuah Punya Anak!

March 30th, 2021 | by Shahira
Video Popular

Memang tak dapat dinafikan, anak-anak yang sedang membesar mempunyai pelbagai kerenah yang kadangkala tak terlintas dek akal kita. Malah, perangai dan ragam mereka juga boleh buat ibu bapa pening kepala! Tetapi benarlah orang kata, itulah lumrah sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Terbaru, seorang wanita bergelar ibu menceritakan kerenah ‘nakal’ anaknya yang telah menyorokkan remote TV ke dalam peti sejuk. Patutlah cari satu rumah tak jumpa-jumpa!

Remote tv hilang, cari tak jumpa

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Cipinas, mengakui agak buntu mencari alat kawalan jauh (remote) televisyennya yang dipercayai ‘hilang’. Pada awalnya dia langsung tidak mengesyaki apa-apa dan terus mencari remote tersebut di seluruh rumahnya termasuklah di kabinet televisyen dan ruang tamu. Tetapi sayangnya, dia tidak menemui remote tersebut. Namun, secara tiba-tiba dia teringat untuk bertanya kepada anak lelakinya. Oleh itu, wanita ini telah menghantar pesanan Whatsapp untuk bertanya kepada guru sekolah anaknya jika anak lelakinya, Hakimi ada terbawa remote tersebut ke sekolah.

Tetapi alangkah terkejutnya apabila si ibu menerima balasan Whatsapp yang memberitahu remote itu telah dimasukkan oleh anak perempuannya, Husna ke dalam peti sejuk. Wanita ini kemudian terus ke dapur dan melihat memang benar remote dan sebotol vitamin telah diletakkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Puan, kata Hakimi cuba tengok dalam peti sejuk. Katanya Husna masukkan. Hakimi sudah cek tiada dalam beg.

Rupanya dalam peti sejuk!

@cipinascantikPatut tak aku call cikgu, suruh tanya kan anak aku dia ada bawak ke sekolah ke? #MKeStartTikTok #fyp #fypdong #Sssmac #foryourpage #foryou? original sound – Šeng Ñu pan

@cipinascantikPerangai Husna, dia suka nyorokkan benda lepas tu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi carik sesama dengan mak. ##foryou ##fyp ##Sssmac? original sound – Šeng Ñu pan

‘Keraih kejung’

  

Sumber: Cipinas

SKIP THIS AD ×