Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membantu pelakon wanita, Jasmine Suraya yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: Jasmine Suraya Jual Kereta, Tanggung Kos Pengajian Di Amerika Syarikat Cecah RM400k
Kerajaan sedia pertimbangkan
Memetik laporan Berita Harian, Fahmi akui kos yang perlu ditanggung Jasmine untuk melanjutkan pengajiannya ke Los Angeles memakan perbelanjaan yang tinggi.
Justeru itu, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan sekiranya perkara yang dikemukan adalah bersesuaian.
Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah.
Terdahulu, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menjadi rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.
Jasmine juga dilaporkan terpaksa menjual barangan seperti kereta dan beberapa barangan peribadi yang lain bagi menampung kos pengajiannya ke sana.
Sumber: Berita Harian