berita

Kerajaan Beri Kelonggaran 3 Orang Dibenarkan Naik Dalam Satu Kenderaan

November 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran mengenai bilangan penumpang dalam sesebuah kenderaan.

Jika sebelum ini kerajaan hanya membenarkan dua orang sahaja iaitu pemandu dan penumpang . Kali ini, tiga orang individu diberi kebenaran untuk menaiki satu kenderaan yang sama.

Budi bicara pihak polis

https://www.youtube.com/watch?v=anQcRf9pfeE

Mesyuarat Khas hari ini telah mendengar beberapa rayuan, pandangan melalui MKN tentang jumlah penumpang di dalam sesebuah kenderaan.

Menurut Ismail Sabri, sebelum ini kerajaan hanya menetapkan dua orang sahaja yang boleh menaiki satu kenderaan iaitu pemandu dan penumpang untuk tujuan membeli barangan keperluan. Kini, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada pihak polis untuk budi bicara seandainya kalau ada lebih daripada satu penumpang dalam sebuah kenderaan. Sebagai contoh, jika individu ingin membawa ibu atau bapa ke klinik, mereka boleh melakukan hal sedemikian kerana ibu bapa yang warga emas ini perlukan perhatian anak-anak agar urusan mereka dipermudahkan.

Di samping itu, budi bicara ini juga diberikan kepada pihak polis untuk suami isteri yang mempunyai anak yang masih kecil dan yang perlu dibawa bersama ketika menyelesaikan sebarang urusan. Ini kerana, pasangan suami isteri tersebut tidak mempunyai penjaga yang mampu mengawasi anak mereka sewaktu mereka keluar dari rumah. Oleh itu, Ismail Sabri bersetuju untuk memberikan kelonggaran sebanyak tiga orang termasuk pemandu dalam satu kenderaan. Hal ini juga akan diguna pakai untuk perkhidmatan e-hailing dan teksi .

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×