berita

Kerajaan Cadang Perkenal Caj Perkhidmatan Untuk Pembelian Atas Talian

September 8th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Kerajaan kini bercadang ingin memperkenalkan caj perkhidmatan dengan kadar 0.02 peratus kepada pembeli yang membuat pembelian melalui portal e-dagang iaitu Lazada dan Shopee.

Kos tersebut digunakan bagi menampung kos keselamatan siber yang kian meningkat yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan.

Tidak mahu membebankan rakyat

Foto: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Kadar caj perkhidmatan yang bakal dikenakan adalah sebanyak 0.02% kepada pembeli atas talian. Sebagai contoh, seseorang pembeli itu membuat pembelian sebanyak RM 1,000 jadi kadar yang bakal dikenakan adalah sebanyak 20 sen atau 0.02% dari jumlah asalnya.

Namun, menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, pihak kementerian masih belum menetapkan sebarang jumlah minimum pembelian yang bakal dikenakan caj, kerana ia masih dalam perancangan kementerian.

Caj untuk sistem keselamatan

Gambar sekadar hiasan

Caj perkhidmatan yang bakal dikenakan adalah bertujuan untuk menambah baik sistem keselamatan komunikasi untuk mengelakkan daripada ancaman scammer dan pencerobohan siber.

Tambahan pula, caj yang dikenakan bukan seperti cukai GST (Good and Services Tax) kerana sekarang ini banyak pembelian atas talian mengelak untuk membayar cukai dan ia secara tidak langsung akan memberi kerugian yang besar kepada pihak kerajaan.

Menurut Zahidi, kes serangan siber di seluruh dunia banyak berlaku disebabkan ketirisan data. Sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan akan mempertingkatkan dan memperkemaskan lagi keselamatan siber di negara ini bagi mengelak daripada sebarang ancaman.

Oleh itu, kadar yang dikenakan secara tidak langsung dapat membantu bagi kos penambahbaikan komunikasi kerana ia memerlukan dana yang amat tinggi.

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×