berita

Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan Turunkan Harga Tambang ‘Cekik Darah’

June 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Pengangkutan, Dr Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyeru semua syarikat penerbangan menurunkan harga tambang susulan kelonggoran SOP penjarakan sosial terhadap penumpang dalam pesawat dan pengunjung terminal.

Perlu turunkan harga tambang

Menerusi siaran media yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerajaan telah mengadakan satu perjumpaan dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia Berhad dan Malindo AIr pada 11 Jun yang lalu bagi membincangkan mengenai pemulihan semula sektor penerbangan. Hasil perbincangan tersebut, syarikat penerbangan perlu mengurangkan harga tambang dan meningkatkan kekerapan penerbangan sejajar dengan pengecualian arahan penjarakan sosial di dalam pesawat bagi semua perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual.

Di samping itu, kerajaan telah mengingatkan syarikat penerbangan untuk sentiasa menetapkan kadar tambang penerbangan muhasabah serta tidak membebankan rakyat terutama semasa tempoh pemulihan akibat wabak yang berlaku.

Rancang penerbangan awal

Menurut syarikat penerbangan pula, harga tiket ditentukan menggunakan kaedah dinamik yang antara lain mengambil kira kadar penawaran dan permintaan yang didorong oleh pasaran. Kesemua syarikat penerbangan akan menetapkan kadar tambang penerbangannya dengan mengambil kira permintaan pasaran, keadaan ekonomi serta faktor-faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi. Syarikat penerbangan juga perlu memastikan terdapat permintaan yang berterusan dan stabil sebelum harga tambang dapat dikembalikan ke tahap normal seperti sebelum wabak yang berlaku.

Tambang penerbangan juga mengambil kira waktu tiket tersebut dibeli. Sekiranya tiket yang dibeli terlalu hampir dengan tarikh penerbangan, maka harga tambang akan menjadi lebih tinggi berbanding pembelian awal. Oleh itu, orang ramai disarankan membeli tiket lebih awal dan merancang jadual penerbangan.

Mengenai pelaksanaan penjarakan sosial, kerajaan memberitahu bahawa ianya telah dilonggarkan bagi penumpang yang sudah melepasi pemeriksaan keselamatan dan sedang beratur di pintu pelepasan. Pengunjung selain daripada penumpang termasuk Meeters dan Greeters, dibenarkan untuk memasuki bangunan terminal di lapangan terbang. Ia bertujuan membantu penumpang terutama warga emas dan orang kelainan upaya yang memerlukan bantuan.

Sumber: Menteri Pengangkutan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×