Sebuah model kereta terbang skala kecil yang dikenali sebagai ‘Vector’ telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat tempatan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019. Namun, gambar model yang dimuat naik di Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan itu mencetuskan kecaman apabila netizen mempersoal kredibiliti serta kemampuan dalam pembinaan kereta terbang dan kos perbelanjaan yang diperuntukkan.
Menerusi Berita Harian, kerajaan terus komited dan ingin terlibat dalam teknologi kereta terbang atau kereta aero sekaligus bakal melancarkan prototaip pertama seawal akhir tahun ini.
Konsepnya sama
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, beliau telah mengadakan pertemuan dengan syarikat aeroangkasa dari United Kingdom (UK), Samad Aerospace, yang sedang merancang untuk membangunkan teksi udara.
Konsepnya sama (kereta aero atau kereta terbang) kerana industri kini sedang ke arah itu iaitu mencipta kereta terbang dengan kementerian saya akan memacu perkara ini ke depan.
Ketika ini, syarikat seperti Aerodyne Sdn Bhd sudah agak maju (dalam pembuatan kereta aero). Kita mungkin akan melancarkannya seawal akhir tahun ini.
Membangunkan teksi udara
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seyed Mohseni, pihaknya sedang berbincang dengan beberapa syarikat berpotensi dari Malaysia untuk menjalinkan kerjasama membangunkan teksi udara itu. Beliau melihat kerajaan Malaysia mempunyai wawasan yang jelas dalam industri aeroangkasa apabila tahun lalu, telah meluluskan 11 projek pelaburan aeroangkasa baharu bernilai RM816.3 juta.
Biarpun industri aeroangkasa di UK lebih besar dari Malaysia, tetapi pada tahun lalu, negara itu hanya meluluskan pelaburan bernilai AS$150 juta (RM600 juta) sahaja.
Mengenai teksi udara ciptaan syarikatnya, kenderaan yang dikenali sebagai HUMA (Home & Urban Mobility Aircraft) itu mampu merevolusikan industri pengangkutan.
Ia bukan kereta terbang atau pesawat, tetapi hibrid di antara kedua-duanya. Ia mampu memendekkan lagi masa perjalanan kerana tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas, kos operasi yang lebih rendah dan mengeluarkan bunyi yang lebih senyap.
Video model kereta terbang
https://www.facebook.com/byFrontDesk/videos/478556156012484/UzpfSTIwMjgzMTA0MDQwMTQwNDozMTAwNDU3MDYzNDY2MDM/?type=3&theater
Sumber: Berita Harian