berita

Kerajaan Melaka Taja Kos Penerbangan Ainul Mardiah Ke UK, Bakal Jalani Pembedahan Dalam Masa Terdekat

May 11th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Baru-baru ini viral kisah penderitaan bayi berusia 9 bulan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia. Malah, Dr Amalina Bakri dan pasukannya di United Kingdom (UK) sudah bersedia membantu dan merawat penyakit yang ditanggung adik Ainul Mardhiah itu.

Ketua Menteri Melaka, YB Adly Zahari menerusi laporan Metro bersetuju membiayai kos pengangkutan dan penerbangan mereka sekeluarga ke UK dalam waktu terdekat.

Bantuan dari kos penerbangan

Ibu dan bapa kepada adik Ainul Mardhiah berasa sangat gembira apabila mendapat khabar anak mereka akan diterbangkan ke UK dalam masa terdekat. Malah, bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan berbentuk sumbangan bagi menanggung kos rawatan anaknya.

YB Adly Zahari turut bersimpati dengan penderitaan yang terpaksa ditanggung bayi 9 bulan itu.

Secara dasarnya, kita sudah menetapkan bahawa kita akan bantu bagi memudahkan urusan keluarga itu ke luar negara. Di peringkat kerajaan negeri, kita sudah ambil perhatian dan akan bantu. Memandangkan kos pembedahannya agak tinggi sejumlah RM1 juta, kita cuba beri bantuan dalam bentuk pembiayaan kos pengangkutan serta penerbangan keluarga itu di UK.

Kos rawatan mencecah lebih RM1 juta

Ibu bapa kepada adik Ainul Mardhiah turut terima pesanan daripada Dr Nur Amalina menerusi aplikasi WhatsApp supaya segera membawa anak mereka menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Ahmad Safiuddin (bapa) berkata sumbangan derma yang diterimanya akan digunakan sepenuhnya bagi membiayai kos pembedahan anak mereka di UK yang dianggarkan mencecah lebih RM1 juta.

Saya dan keluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin terhadap nasib anak saya.

Diminta untuk kami ready dan standby

Sebak betul kami sekaran ni

Bapa kepada adik Ainul Mardhiah turut kongsi rasa terharu menerusi laman Facebooknya. Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas keperihatinan mereka terhadap anaknya. Dia juga berkongsi pesanan dari Dr Amalina untuk mereka sekeluarga bersiap sedia dalam segala urusan membawa adik Ainul Mardhiah ke UK.

Kami mendoakan segala urusan dan rawatan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan. Amin.

Sumber: Metro, Ahmad Saifudin