berita

Belanjawan 2019 – Kerajaan Perkenalkan Pas Bulanan Pengangkutan Awam

November 2nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan bajet negara di Dewan Parlimen. Di dalam perbentangan tersebut, beliau memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Meningkatkan penggunaan kenderaan awam

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata demi meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam, peruntukan RM240 juta disediakan bagi menjalankan matlamat berkenaan.

Khusus bagi pengguna bas RapidKL

Selain itu, tambah beliau lagi, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL. Ianya kerana ketika ini bas tersebut terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

Kempen (pas bulanan) ini akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat.

Kerajaan percaya peruntukan ini berupaya meningkatkan pendapatan boleh guna isu rumah beberapa ratus ringgit sebulan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×