berita

Kerajaan Umum Bantuan Sara Hidup RM100 Untuk Golongan Bujang

February 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

 

Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 akan diberikan kepada golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Menerusi Sinar Harian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

Hujung bulan Mac

Tambah Guan Eng, bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank.

Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu  dan melibatkan peruntukan RM 300 juta.

Mengenai bayaran selanjutnya, beliau berkata , kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamaad menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh berhubung BSH, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emel kepada [email protected]

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×