berita

‘Kerana Demam Panas Masa Umur 8 Bulan, Rayyan Jadi Anak Istimewa’

March 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Setiap manusia sudah pastinya akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Kita sebagai hambaNya yang kerdil, harus akur dan reda dengan setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Seperti perkongsian seorang wanita cekal, dikenali sebagai Yanna, di laman TikTok, berkongsi kisah yang cukup menyayat hati apabila anak yang dikandungkan selama sembilan bulan, sembilan hari mengalami demam panas yang sekali gus, mengubah statusnya menjadi anak ‘syurga’.

Demam panas

Menerusi beberapa video yang dikongsi, peristiwa yang terjadi pada tujuh tahun yang lepas, masih menghantui wanita ini apabila anaknya mengalami demam panas. Kejadian ini bermula ketika anaknya, Rayyan, mengalami demam panas ketika berusia lapan bulan.

Kerana demam panas masa umur lapan bulan, Rayyan sekarang jadi anak teristimewa. Maafkan mama sayang.

Hanya 15 minit, sekelip mata berubah, dari boleh buat apa-apa lepas kejadian tu tak boleh buat apa-apa. Hanya mampu terlantar je sampai sekarang.  Semua dah tertulis, kami terpaksa terima segalanya dan reda.

Wanita ini, sama sekali tidak menyangka demam panas ini akan membawa kepada sawan. Jelasnya lagi, selepas kejadian itu, anaknya hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu lagi bergerak seperti kanak-kanak lain. Bukan itu sahaja, Rayyan juga tidak boleh bercakap dan hanya mendiamkan diri. Difahamkan, demam panas yang dialami oleh anaknya, mengakibatkan saraf belas kiri putus.

Walau bagaimanapun, wanita ini masih tidak berputus asa dan mengharapkan sinar buat anaknya. Dia turut mengambil rawatan khas fisioterapi supaya anaknya dapat kembali berjalan seperti biasa. Pada masa yang sama, dia turut menasihati kepada ibu-ibu di luar sana supaya lebih berhati-hati jika anak mereka mengalami demam panas.

Peristiwa 7 tahun lepas

@yanna_marianaMari teringat peristiwa tu, rasa mcm tkdok jantung kejadian depan mate??..? Kenangan Terindah – SAMSONS

@yanna_marianaReply to @halimatulsaadiahismail Mama rayyyan sentiasa kuat dan sabar?.. Urut dan fisio dah buat insyallah dgn izin allah rayyan boleh sembuhh?..? original sound – Dai Syed

@yanna_marianaPART 1 – Belanja video rayyan tibe dapat hadiah?.. ##anakteristimewa? lagu sedih – MFR 175

Semoga cepat sembuh!

Sumber: Yanna

SKIP THIS AD ×